Cristiano Ronaldo & Perplexity AI: Apabila Ikon Bola Sepak Melabur dalam Masa Depan Carian Maklumat
Pelaburan Cristiano Ronaldo dalam syarikat kecerdasan buatan Perplexity AI menandakan satu titik penting dalam evolusi hubungan antara selebriti global dan teknologi terkini di dunia.
Artikel ini ditulis oleh Faiz Azizan. Anda boleh follow beliau menerusi media sosial rasmi miliknya di Facebook dan X.
Perplexity AI membangunkan answer engine iaitu sistem carian berasaskan large language models (LLM) yang memberikan jawapan terus, disertai sumber rujukan yang jelas. Dalam landskap teknologi, Perplexity sering dilihat sebagai antara pencabar paling serius kepada Google Search dalam era pasca-transformer,
Penglibatan Ronaldo bukan berlaku secara kebetulan keranaPerplexity telah menarik pelabur institusi dan teknologi berprofil tinggi seperti Nvidia, Jeff Bezos, Databricks dan SoftBank,. Dengan kehadiran Ronaldo, Perplexity bukan sahaja memperoleh modal dan perhatian global, tetapi juga akses ratusan juta pengguna yang amat bernilai.
Dari sudut strategi AIJika Nvidia menguasai calculation layer, OpenAI menguasai lapisan model, dan Google menguasai data web, Ronaldo pula membawa perhatian kepada pengikut beliau secara organik.
Perplexity turut memperkenalkan tab khas Cristiano Ronaldo dalam platform mereka, membolehkan pengguna menelusuri info mengenai Ronaldo. Ini menjadikan Ronaldo bukan sekadar pelabur, tetapi ia memaparkan situasi bagaimana AI boleh membina pengalaman carian yang lebih kontekstual, peribadi dan berorientasikan manusia.
Bahkan pelaburan ini mencerminkan perubahan dalam industri AI bahawasanya kuasa memilih LLM tools terletak atas pilihan pengguna.. dan pastinya kehadiran Ronaldo bakal memberikan impak terhadap Perplexity.





