Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe antara yang menjadi perhatian ramai selepas kemampuan beliau buat skuad Harimau Malaya sudah pun terbukti kini dalam saingan Piala Asean FIFA 2026.
Terdahulu, Malaysia terpaksa mengakui kegagalan mereka untuk melayakkan diri ke pentas akhir kejohanan berkenaan, selepas Indonesia memintas skuad negara menerusi kelebihan perbezaan gol.
Pada aksi terdahulu, Tan Cheng Hoe membuktikan kemampuan beliau selaku pengendali berprofil tinggi negara dengan mereka merekodkan kemenangan 6-0 ke atas Singapura.
Walaupun gagal ke final, Malaysia masih lagi mampu untuk mengubati rasa kecewa penyokong dengan aksi penentuan tempat ketiga masih lagi terbuka buat skuad kebangsaan.
Ini bakal menjadi detik terbaik untuk Tan terus membuktikan kewibawaannya di pentas Piala Asean FIFA 2026 selepas mengharungi tiga aksi dengan cukup menyakinkan.
Statistik Malaysia cemerlang
Di pentas kejohanan tersebut, Malaysia masih lagi belum merekodkan sebarang kekalahan dengan mereka mencatat dua kemenangan serta sekali seri tanpa dibolosi sebarang gol.
•Menang 3-0 vs Bangladesh
•Seri 0-0 vs Indonesia
•Menang 6-0 vs Singapura
Sembilan gol telah direkodkan pasukan kebangsaan sepanjang mengharungi tiga perlawanan ini dengan Tan mempertaruhkan para pemain cukup berkualiti dalam setiap aksi dihadapi.
Yang menariknya, momentum permainan Malaysia dilihat sentiasa meningkat daripada satu aksi ke perlawanan seterusnya dengan setiap kelemahan dikesan berjaya diperbaiki sebaik mungkin.
Tan membuktikan gerak kerja beliau sentiasa positif dan terus membuktikan kemampuannya selepas memimpin Malsysia ke ke pentas separuh akhir Piala AFF lalu.
Tan Cheng Hoe bagus, cuma…
Jika diikutkan, prestasi Tan selaku pengendali semasa negara kini berada pada tahap terbaik jika kita ambil kira dengan permasalahan yang melanda terdahulu.
Beliau berjaya memastikan pasukan ‘kedua’ Malaysia pada saingan Piala AFF lalu untuk mara ke pentas separuh akhir walaupun prestasi pasukan kurang konsisten.
Pada saingan Piala Asean FIFA 2026 kini, pengendali berkenaan memastikan Malaysia untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dan langsung tidak dibolosi, selain mara ke penentuan tempat ketiga.
Walaupun begitu, ada penyokong di media sosial masih samar-samar dengan keupayaan Tan, walaupun jurulatih berpengalaman itu sudah membuktikannya dengan sangat baik bersama barisan pemain sedia ada.
Ada pendapat menganggap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya mengambil langkah untuk mendapatkan jurulatih asing yang mempunyai kredibiliti lebih tinggi dalam menaikkan mutu bola sepak negara.
Ini kerana Tan dianggap masih belum layak sepenuhnya untuk meneruskan diri selaku pengendali utama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Apapun, jika Tan sudah tidak bersama Malaysia pada masa hadapan, beliau tetap akan dijulang selaku salah seorang jurulatih yang sangat menyakinkan pernah dimiliki pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.





