Sembang pasai pemain import ni, hang habaq ja mana-mana pasukan pun pasti akan ikat depa dengan tujuan nak bagi lagi ‘sedap’ dalam kelab nak harungi saingan liga.
Ya, tak salah. Pengelola liga bagi hang tandatangani saja la. Bukan ada salah apa pun, cuma jadi salah bila pengurusan kelab hang tu lalat lagi banyak dalam poket berbanding duit, tapi gagah nak sauk jugak.
Sauk pulak bukan satu, tapi mai 3-4 orang. Punya la nafsu tak padan kantung duit pun layak masuk rancangan Bersama Hang di TV. Yang mana taktau rasa gah la. Mana yang tau, sesak nafas tengok keputusan depa.
Tapi sungguh, import ni dia ada satu candu buat bola sepak kat Malaysia ni sejak dulu. Mai kalau yang padu, auto penuh stadium. Tak kena gaya, buleh jadi fenomena dan ada ramai peminat luaq padang. Idola.
Tapi mai tak elok, hang tunggu. Abang Jan balik taboq racun bendang ja, buka Facebook berkandaq dia maki mengalahkan jurulatih dan pakar analisis profesional. Anak tempatan hat main teruk pun tak kena sampai tara tu. Sebab apa? Import ni mai dengan jangkaan cukup besaq.
Fesyen ikat pemain buangan
Haa yang buruk ni la syok kita nak sembang. Sebab kita sendiri pun pelik. Apa jadah la pengurusan dan jurulatih pi ‘sign’ pemain hat lagi mangkaq ubi ni kalau anak tempatan lain pun lagi baguih.
Slot pemain tu dah dapat ke import, siap pakej bagi main atas padang lagi walaupun kita yang dok kat stadium ni dah menyumpah berapa perlawanan dah tengok depa tu main. Tak sedap. Baziaq!
Sejak beberapa musim ni, Mat Apit perasan banyak jugak kelab suka pi ikat pemain import yang sangat la entah apa-apa. Dah ‘sign’ tu pulak sah la bukan free. Mau murah pun takkan la 2-3 ribu ringgit Malaysia kan?
Baru ni Mat Apit ada terbaca kenyataan jurulatih Kelantan The Red Warrior, Irfan Bakti tentang pandangan beliau mengenai import tua yang tak payah pun diikat.
Pandangan Irfan Bakti contoh terbaik
Situasi di Kelantan TRW, ada bekas pemain Liverpool yang pernah main sana musim 2013-2014 dulu, Aly Cissokho mai ‘trial’ dengan depa. Lama dah pun main dengan The Reds dulu. Modai orang ramai, dia biasa main EPL. Walaupun umoq tak lama dah nak keluaq KWSP, sahih masih baguih.
Tu la tanggapan salah. Mat Apit cukup la setuju dengan Irfan Bakti bila dia sendiri nilai masa pemain tersebut duk buat ‘trial’ dengan Kelantan TRW. Beliau anggap Aly ni takdak keistimewaan dah pun walaupun rekod dia dulu ‘besaq’.
Kata dia dekat Aly, pemain tu dah tua. Dia lagi sanggup kekal dengan pemain tempatan atau bakat muda hat dok ada sedia daripada ikat bekas tonggak kebangsaan Perancis tersebut.
Jangan rosakkan suasana Liga M
Ini yang kita nak, jangan lebihkan kuantiti daripada kualiti. Pi ikat sampai 6-7 import, tapi satu habuk pun tak nampak impak. Tak ada beza dengan pemain tempatan.
Jangan jadikan liga kita ni lubuk pemain luaq yang gred rendah nak mai buat duit. Benda ni la yang boleh buat prestij liga kita makin hambar sebab perbuatan kelab-kelab kita sendiri.
Penyokong pun meluat dok tengok kualiti pemain luaq dibawa langsung takda keistimewaan atas padang. Kalau tak JDT, Selangor atau Terengganu saja gagah bab import hat berjenih.
Selebihnya, ada tak bertambah takdak tak berkurang.
Dah 2026, boleh kot rekrut pemain berdasarkan kesesuaian atas padang dan prestasi semasa yang memang okay untuk dibawa masuk ke kelab. Pengurusan takkan nak nganga tadah ke ejen saja?
Ni asai dengaq besa main kelab besaq 10 tahun lepaih, atau anak pemain legenda dunia yang haram tak ‘proven’ terus nak ikat. Badan tak ikut saiz atlet tak pa. Janji boleh canang sejarah import tu dulu.
Ni yang kita FOMO.






