Bola Sepak Kita Ni Nak Pi Mana?
Sejak zaman tok nenek kita, sampai la ke budak-budak la ni, bola kita sasar sampai mana sebenaqnya?
Dah lama rasanya Mat Apit tak bersembang dekat sini. Ya lah, demam Piala Dunia tak habih lagi. Semua dok sembang pasai tu ja la, kecuali penyokong Cristiano Ronaldo.
Pi kedai kopi Paktam Not, depa dok riuh pasai Messi. Lajak pi beli ikan kat kedai Din Temekong, ada modai sembang pasai England nak pi final dakap Piala Dunia.
Sampai Mat Apit jadi lupa yang bola sepak kat Malaysia ni wujud lagi rupanya. Senyap sunyi sangat daripada perkembangan semasa depa di pentas antarabangsa.
Aksi persahabatan pun lama mana dah kita tak dengaq Harimau Malaya ni adakan. Pesta Bola Merdeka? Seloppp (hilang) teruih dah rasa kejohanan ni.
Tapi baru ni, laman Malaysia NT dah pun umum tentang senarai para pemain yang dipanggil untuk harungi aksi Hyundai Cup tak lama sahaja lagi.
Haa, ada lagi bola sepak Malaysia. Hahaha! Baru nak semangat, tapi tengok pada senarai nama dipanggil terus rasa sayu balik.
Memang setakat ni sahaja ka ‘pool’ pemain Malaysia yang ada untuk aksi antarabangsa?
Pemain kurang menyakinkan
Baca dekat komen, ramai tak puaih hati dengan senarai nama dipanggil kali ni. Ada la beberapa pemain yang Mat Apit dok baca depa rasa tak layak dah wakili negara.
Ya, Mat Apit pun setuju saja. Kalau betui nak hantaq skuad pelapih pi main kejohanan tersebut sekali pun, memang yang ni saja ka kita ada untuk wakili negara?
Minit permainan kurang, yang ada pun main tunggang langgang di pentas domestik, alih-alih masih dipanggil untuk menyarung jersi keramat bola sepak negara.
Jersi yang suatu ketika semua idamkan nak pakai sebab niat berbakti kepada negara dan diperoleh menerusi usaha berganda-ganda berbanding yang tidak layak.
Mat apit tak salahkan kepada pemain, depa dipanggil dan sedia menyarung jersi untuk menyambut seruan negara, tetapi yang memilih tu depa tengok daripada segi apa?
Paham, kita tak hantaq skuad utama dan Mat Apit sendiqi dengaq yang kebanyakan negara lain pun tak pelepas skuad utama depa untuk kejohanan ini.
Tapi, takkan la kita betui hantaq yang macam ni saja?
Natijah buat negara
Apa akan jadi kalau Malaysia tewas teruk, tersingkir awai, dan tampilkan aksi yang membuatkan negara lain gelak kepada kita nanti di kejohanan tersebut?
Siapa nak dipersalahkan? Pak Mid kedai makan? Uncle Siva kedai gunting rambut? Atau tauke Fook kedai basikal? Pakat tuding jari sahaja nanti.
Setiap tahun, negara lain berusaha nak memajukan diri dalam cabang skuad kebangsaan bola sepak depa di pentas antarabangsa dengan beberapa pendekatan diambik.
Tapi kita? Nak kata ‘reset’ lain pun tak tara mana. Pengurusan caca marba, aksi antarabangsa pun dah lama tak dengaq, dan tak berapa lama nak hadap Hyundai Cup, kita baru umum pemain.
Nak pi mana bola sepak kita ni?
Pada akhirnya, Mat Apit tertanya sendiri, bola sepak kita ni akhir sekali nak pi sampai mana? Ada haluan ka? Atau sekadar bagi ada nak habaq:
“Ni woi Harimau Malaya wujud lagi. Kami tak bubaq lagi. Tapi ada ja la. Fungsi betui kami nak habaq sendiri pun tak ketahuan hala.”
Ha lebih kurang macam tu la kot? Tengok Piala Dunia kita kagum dengan negara-negara kecik macam Cabo Verde yang beraksi dengan cukup cemerlang.
Depa ada visi, keyakinan, dan semua bersatu hati nak realisasikan impian sendiri ke Piala Dunia. Pendek kata, depa cakap depa buat, depa buktikan.
Mai ke kita? Kita cakap, kita cuba buat, tak jadi kita ‘reset’ lain. Cuba lagi. Daripada zaman tok kita sampai ke cucu kita yang baru beranak dekat Hospital Aloq Staq semalam.
Jadi takkan cakap saja?





