Habaq pasai bola sepak Jepun ni, rasanya semua kena mengaku negara ni paling hebat la buat masa sekarang, itu kalau kita cangak daripada segi prestasi depa di Piala Dunia serta saingan liga tempatan sana.
Semua nampak gah. Jadi tak salah pun kalau ada kelab bola sepak dari Malaysia ni nak jadikan depa contoh dan amalkan falsafah sana untuk depa terap dalam kalangan bintang tempatan.
Tapi kalau hangpa nak sumbat falsafah sana, sampai rekrut ramai pemain Jepun tak kira kualiti dan latar belakang pun haru. Tak kena gaya kena maki dengan penyokong, macam Negeri Sembilan hadap la ni.
Dasar pandang ke Jepun oleh Negeri Sembilan
La ni, Negeri Sembilan pasukan tempatan yang paling ketara dalam menandatangani pemain-pemain import dari Jepun. Buleh kata setiap posisi tu ada ja pemain dari sebelah sana.
Untuk musim ni saja, Negeri Sembilan dah daftarkan lima pemain dari Jepun daripada 11 import yang depa ada. Ramai tu, tinggai jurulatih utama depa ja asai Sepanyol.
Tang sini pelik sikit, awat jurulatih utama mai dari Sepanyol dan bukannya Jepun kalau nak sesuaikan dengan keadaan skuad semasa pasukan tersebut? Dok pikiaq juga sampai sekarang. Tapi lantak pi la, Mat Apit bukan pegang saham sana pun.
Ikutkan, Negeri Sembilan ni mula berjaya dengan pemain Jepun depa pada musim 2024/2025, Takumi Sasaki yang meletup nama beliau selaku pemain tengah menyerah yang berkualiti.
Masuk musim 25/26, depa mula agresif dengan membawak masuk tiga lagi pemain Jepun, Kei Oshiro (pertahanan), Yuichi Hirano (tengah), serta Mio Tsuneyasu (serangan) untuk memperkukuhkan kedalaman skuad.
Dengan kekaikan empat pemain tersebut musim ini, Negeri Sembilan menambah sorang saja lagi tonggak penyerang dari Jepun, Yusuke Minagawa yang diharapkan mampu memberi pengaruh positif.
Jepun gred berapa ni?
Tapi itulah, takat beberapa perlawanan awai ni, satu impak positif pun tak nampak lagi daripada segi kualiti pemain import Jepun depa, terutama sekali Minagawa walaupun dia dah sumbat dua gol.
Tolak tepi Takumi Sasaki yang masih cedera, mungkin Mio Tsuneyasu saja la kot pada mata marhaen Mat Apit yang betui berkualiti dan menggambaqkan bola sepak sebenaq Jepun.
Hat lain? satu benda baguih pun susah Mat Apit nak puji. Tapi nampak la depa ni cuba ‘playsafe’ nak habaq tak teruk sangat, cuma kalau takat lagu tu ja kualiti depa, apa beza hang dengan anak tempatan sini?
Pengurusan kaji semula kot?
Elok la untuk jendela perpindahan kedua nanti pengurusan dan kejurulatihan dok sekali makan bihun dekat bilik mesyorat nilai semula mana satu pemain hat sesuai untuk memperkuatkan pasukan, bukannya jadi beban dan bahan ketawa.
Kalau setakat nama Jepun tapi kualiti permainan taraf tempatan, baik hangpa ambik ja budak USIM daftar masuk sekali, rasa gaji tak mahai mana, alang-alang nak sakit hati.
Mat Apit sebenaqnya heran jugak bila Negeri Sembilan ni masih kekalkan lagi pemain seperti Kei Oshiro dengan Yuichi Hirano musim ni. Padahal kualiti depa takdak la baguih mana musim lepas.
Moga pengurusan Negeri Sembilan lepaih ni lebih peka dalam memilih pemain. Tak salah nak cipta falsafah sendiri, tapi jangan la rekrut yang tahap makan sumpah seranah penyokong. Rasanya ‘pool’ pemain depa ni besaq. Banyak pilihan.






