Bintang Norway Ini Dilabel Sebagai ‘Sampah’ Kerana 1 Kebodohan
Kerana beliau, Norway terlepas peluang untuk lakar sejarah ke pentas separuh akhir Piala Dunia 2026!
Norway secara rasminya telah pun tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026, dengan pasukan itu tewas di tangan England pada saingan suku akhir pagi tadi.
Pada aksi tersebut, Norway terpaksa akur di tangan England menerusi keputusan 1-2, walaupun pada awalnya mereka berjaya mendahului lawan di separuh masa pertama.
Selepas unggul dengan kejutan ke atas Brazil pada aksi 16 terbaik lalu, ramai menjangkakan skuad kendalian Stale Solbakken mampu mengulanginya pula ke atas England.
Tetapi ianya gagal dilaksanakan, apabila kesilapan dan sikap mereka sendiri yang membantu England untuk meraih kemenangan tipis dan melangkah ke separuh akhir.
Apa yang berlaku sebenarnya, sehingga Norway boleh mencatat kekalahan di tangan England, walaupun mereka sebenarnya mempunyai kelebihan pada awal aksi?
Sikap tamak Sorloth punca segalanya.
Ketika Norway sedang mendahului England terlebih dahulu menerusi ledakan Andreas Schjelderup, pasukan itu sebenarnya berpeluang meraih jaringan kedua di separuh masa pertama.
Namun disebabkan sikap tamak Alexander Sorloth yang enggan membuat hantaran mudah kepada Erling Haaland pada minit ke-43 dan cubaannya yang dianggap tamak serta tersasar, menjadikan Norway gagal mendapatkan kelebihan dua gol.
Malah, tidak lama selepas itu, bintang England, Jude Bellingham menghukum Norway menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-45+7 yang menyaksikan kedua negara berkenaan terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama.
Bersambung di separuh masa kedua, Norway sebenarnya kembali mendapat gol kedua mereka, sebelum situasi tersebut dibatalkan kerana ada kesalahan telah dikesan oleh VAR.
Akhirnya, England memuktamadkan segalanya pada minit ke-93 juga menerusi Bellingham untuk memastikan Norway tersingkir di pusingan suku akhir.
Kecaman peminat berterusan
Di media sosial, ramai meletakkan kesalahan penuh ke atas Sorloth kerana sikap tamak beliau yang menyusahkan pasukan tersebut serta menutup peluang Norway ke separuh akhir.
Malah, ada yang menganggap Sorloth cuba sabotaj Haaland, dan ingin mencipta jaringan secara peribadi demi mendapat tumpuan daripada para penyokong.
Lebih teruk, sesetengah penyokong melabel Sorloth sebagai sampah kerana tidak berpuas hati dengan apa ditampilkan pemain berkenaan pada perlawanan tersebut.
Walaupun begitu, pemain berkenaan mengakui kesalahannya dan mengakui tidak perasan akan kehadiran Haaland ketika situasi tersebut untuk membuat hantaran lebih baik.
Selain Sorloth, beberapa pemain lain turut mendapat kritikan daripada penyokong di media sosial kerana masing-masing bermain untuk mendapat nama secara peribadi bukannya demi negara.
Tentang Haaland pula, ada yang menyifatkan pemain itu kini senasib dengan Cristiano Ronaldo di Portugal yang mempunyai rakan sepasukan pentingkan diri berbanding maruah negara.






