Situasi semasa kem Liverpoool la ni kalau hangpa tengok berada dalam keadaan tak berapa nak memuaskan. Dan, setuju jugak kalau ada yang kata teruk kalau dinilai dengan barisan pemain yang pasukan ni ada.
Kalah dan menang tu adat la kan dalam bola sepak. Ada hari hang baguih, dan ada hari hang teruk macam baru dok belajaq nak sepak bola pakai tutorial video di Tiktok. Entah apa-apa ja.
Tapi Liverpool ni ada satu punya perangai musim 26/27 setakat la, nak kata elok pun dak, teruk gila pun dak. Macam budak hat dapat keputusan C dalam peperiksaan. Nak puji dan maki sama naik.
Cuma, yang orang dok geram la ni, hang pasukan besaq, elit, gah dengan ramai bintang, tapi dok bagi keputusan yang tak jangka kadang-kadang atas padang macam pi seri atau kalah.
Pendek kata, prestasi semasa depa la ni tak ubah macam pasukan pertengahan liga saja, baik daripada segi keputusan atau corak permainan depa sendiri yang tak begitu memberansangkan.
Statistik yang tak berapa syok
Kalau ikut pandangan Man Daging yang kononnya memang berdarah Liverpool, dia cukup tak berkenan dengan keadaan semasa pertahanan The Reds musim ini yang dia anggap mudah sangat bolos.
Bila kita tengok pada statistik, ya jugak. Dalam lima perlawanan terakhir yang skuad Andoni Iraola hadap, depa hanya catat satu saja ‘cleansheet’. Selebihnya wajib bolos walaupun masa tengah menang.
Nak kata teruk macam Chelsea tu dak la daripada segi rapuhnya pertahanan, tapi benda ni kalau tak ‘berubat’ awai, situasi tu dok nampak akan bertambah parah terutama bila dok main di UCL.
Macam aksi UCL baru ni, Liverpool macam tak ada pedoman bahagian pertahanan depa dengan banyak kesilapan-kesilapan mudah depa buat yang menguntungkan pasukan lawan, Fenerbahce sampai boleh raih kemenangan 3-2 di laman sendiri.
Dekat sini orang mula baran, apa benda yang Iraola ni pikiaq sampai dok bagi peluang lagi dekat kuda-kuda tua ni beraksi walaupun kudrat depa tak tara mana dah, terutama sekali di pentas besaq macam tu.
Rombak atau berambus
Dekat media sosial la ni, penyokong dok desak Iraola supaya buat rombakan balik di posisi pertahanan dengan lebih banyak beri peluag kat pemain muda, sebagai peralihan transisi baru.
Makna kata, pemain seperti Virgil van Dijk, Joe Gomez, dan Tsimikas ni mungkin dah boleh dikurangkan peranan depa dalam pasukan untuk digantikan dengan tenaga-tenaga muda yang dok cergaih dan dalam prestasi terbaik.
Ada juga yang desak supaya pengurusan patut lebih peka dengan masalah semasa pasukan dan dah boleh cari awai pemain-pemain berkualiti pada jendela perpindahan nanti untuk disambaq, terutama posisi pertahanan kelab.
Selain tu, amaran awai dah keluaq dekat Iraola, kalau tak boleh jaga pasukan sebesaq Liverpool, sila berambuih atau pengurusan tertinggi sendiri kena ambik tindakan dekat beliau. Benda boleh menang pi kalah. Sapa tak bising kan?
Nama-nama macam pengurus macam Cesc Fabregas antara yang dicanang mempunyai kualiti terbaik nak ‘handle’ Liverpool pada masa depan kalau Iraola tak ubah cara kendalian beliau dengan The Reds.






