Indonesia secara rasminya telah pun melayakkan diri mereka ke pentas akhir Piala Asean FIFA 2026 selepas kejayaan pasukan tersebut mengetepikan cabaran Bangladesh.
Menerusi kemenangan 9-2, Indonesia muncul selaku juara divisyen 1 dengan hanya perbezaan jaringan sahaja bersama Malaysia untuk melayakkan mereka ke pusingan akhir.
Daripada tiga perlawanan diharungi, Indonesia merekodkan dua kemenangan bersama satu keputusan seri bersama 11 gol direkodkan dan dibolosi sebanyak dua kali sahaja untuk bergelar juara kumpulan.
Manakala Malaysia pula terpaksa akur di tempat kedua walaupun mereka berjaya meraih kemenangan 6-0 ke atas Singapura sebelum mereka dinafikan oleh kejayaan Sang Garuda.
Untuk aksi akhir ini, Indonesia bakal bertemu Thailand untuk penentuan juara pertama kejohanan berkenaan, manakala Malaysia pula bakal bertemu Vietnam bagi menentukan tempat ketiga.
Bangladesh jadi kritikan penyokong Malaysia
Di media sosial, ramai mempersoalkan kredibiliti Bangladesh sendiri ketika mereka mencatat kekalahan besar 2-9 di tangan Indonesia pada perlawanan semalam.
Pada aksi tersebut, ramai menyatakan Bangladesh seolah telah menjual permainan demi memastikan Indonesia mampu mengatasi Malaysia dan mara ke peringkat akhir.
Beberapa gol perlawanan tersebut juga dianggap cukup meragukan terutama sekali dua jaringan diledak Indonesia pada penghujung aksi yang mengesahkan kejayaan mereka yang dianggap terlalu mudah dilepaskan Bangladesh.
Minit permainan bertambah?
Malah, situasi perlawanan tersebut juga dianggap cukup meragukan apabila masa tambahan sebenar yang diberi hanya 2 minit sebelum ia berlanjutan sehingga ke 7 minit sebelum ianya tamat.
Lebih menarik, Indonesia berjaya merekodkan dua lagi gol ketika itu untuk memadam kelebihan awal yang menjadi milik Malaysia daripada segi perbezaan jaringan sehingga menberi kejayaan kepada Indonesia.
Situasi ini terus mengundang keraguan dan persoalan dalam kalangan penyokong mengenai kredibiliti kejohanan berkenaan yang dianggap sengaja memberi kelebihan besar kepada Sang Garuda.
Bangkit kembali Malaysia
Walaupun begitu, Malaysia sebenarnya masih berpeluang untuk meraih gelaran tempat ketiga sekurangnya dengan memastikan mereka meraih kemenangan pada aksi akan datang bertemu Vietnam.
Tidak perlu kecewa, sebaliknya skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu berbangga dengan apa direkodkan mereka kini untuk tidak kalah sejak tiga perlawanan lalu, serta mencatat kemenangan besar.
Malah, gandingan beberapa muka baharu Harimau Malaya ini juga memberi gambaran positif masa depan bola sepak Malaysia kini kembali berada di landasan tepat untuk bangkit semula.
Pemain seperti Bergson membuktikan beliau berada pada masa yang sangat tepat kini untuk bergelar penjaring utama negara menerusi kualiti dimilikinya di atas padang, selain Arif Aiman kekal selaku kebanggaan Malaysia.
Semoga, kita mampu meraih kemenangan dan mendapat tempat ketiga sekurangnya untuk terus membanggakan Malaysia di pentas antarabangsa.






