Arsenal la ni teruih menunjukkan sebab pasaipa depa kekal selaku penyandang juara bertahan English Premier Leagu (EPL) pada musim 26/27. Paling baru, depa berjaya sauk kemenangan tipis 1-0 ke atas Hull City dan kekal di atas. Gayat lama la cerita dia.
Kemenangan tu jugak pastikan The Gunners la berjaya menjarakkan diri depa untuk tenang di ataih dengan memperoleh 27 mata selepas harungi 10 perlawanan, 9 kali menang dan baru sekali ja tewas. Kuat wooo.
Kalau kita imbas balik pada aksi berdepan Hull City, sebenaqnya tak mudah jugak untuk Mikel Arteta, apabila skuad kendalian beliau raih gol pun pada minit ke-72 menerusi Martin Odegaard. Sungguh habaq, sengit betui cabaran Hull City musim ni.
Depa punya ‘solid’ kat bahagian pertahanan, campoq pulak dengan aksi Spiderman penjaga gol, Kostantinos Tzolakis sendiri buat penyerang-penyerang Arsenal mati akai nak buleh sebijik gol pun.
Tapi tu la, mau hang jenis pasukan elit ni, pusing pi mai lagu mana pun ada ja solusi terbaik untuk tukaq situasi menjadi bertambah baik. Haaa, tu la benda Arteta bijak sebenaqnya. Tau-tau tiga mata kembali dalam tangan.
Teguran buat Arteta
Walaupun dok menang dan berada kat ataih dengan tenang, sebenaqnya ada jugak luahan-luahan rasa risau depa ke prestasi semasa Arsenal dan teguran sikit buat Arteta supaya sedaq awai.
“La, sedaq awai awat pulak dah? Dok menang sedia tu okay la, bukannya kalah atau seri kerap pun?”
Ya, pada pengamatan beberapa penyokong The Gunners, prestasi semasa Arsenal masih belum menyakinkan lagi walaupun dok menang. Contohnya aksi lawan Hull City tu, ramai anggap Arsenal sebenaqnya tak payah hadap masalah sangat pun nak kutip 3 mata.
Dengan status juara musim lepaih, catat kemenangan tipis 1-0 dan kena tunggu sampai tempoh hujung separuh masa kedua nak buleh gol tu bukannya standard terbaik untuk sesebuah kelab macam Arsenal. Lawan tu pulak pendatang baru EPL musim ni. Tak ramai bintang.
Sebenaqnya, ramai dah dok risau dengan prestasi semasa Arsenal la ni, cukup susah nak dapatkan gol dan sumber kreativiti kelab nak buka peluang jaringan pun tak banyak selain penyudah tak berapa klinikal.
Teguran depa ni berasas gak, kalau kita pi tengok statistik aksi Arsenal-Hull City baru baru ni. Depa sekurangnya ada 21 percubaan dilepaskan sepanjang aksi tersebut menerusi perkongsian Sofascore. Dengaq banyak kan? Tapi daripada 21 percubaan tu, hanya dua saja peluang besaq dicipta serta hanya satu gol berjaya terhasil.
Kualiti serangan dipertikaian
Hat benda tu yang penyokong risau. Penyudah Arsenal la ni tak klinikal betui-betui sejak beberapa perlawanan lepas. Ada peluang, tapi yang buleh dapatkan gol tu berapa saja? Masalah ni paling ketara musim 26/27 takat sekarang.
Depa mungkin jadi pasukan yang cukup kebal di posisi pertahanan, dengan nama-nama macam Gabriel, Calafiori, dan Ezri Konsa cukup baguih sekarang, tapi untuk posisi serangan serba tak lengkap lagi.
Ditambah dengan prestasi Kai Havert sendiri sebenaqnya macam ‘yoyo’ dan ramai berharap dia diletakkan dulu kat bangku simpanan untuk bermuhasabah pasaipa dia terlalu pengkaq depan gawang gol walau peluang dah terbuka cerah.
Walaupun masih ada Viktor Gyokeres dan beberapa nama pemain serangan lagi, dah ada cadangan supaya Arteta buleh usha-usha dan mana-mana pemain serangan baru pada jendela perpindahan akan datang untuk jadikan Th Gunners lebih baguih daripada segi kedalaman skuad.
Cukup risau, sebab saingan masih panjang tapi Arteta tak sedaq dengan masalah tersebut, tapi dok pi ikat pemain yang tak ada kena mengena dengan keperluan pasukan pada masa akan datang.
Apapun, prestasi Arsenal la bukan pada tahap goyah lagi, cuma penyokong mungkin mau Arteta tengok dan selesaikan lebih awai bunga-bunga masalah dok mula nampak, supaya depa buleh terus main bunga api lagi pada penghujung musim dengan kaji awai pada cuti antarabangsa sekarang.





