Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja

Nampak gayanya, Mesut Ozil tidak pernah berhenti memberi ‘assist’ – sama ada di atas mahupun di luar padang.

Semua peminat bola sepak sedia maklum Ozil merupakan antara pemain paling banyak mencipta peluang gol untuk Arsenal dan Jerman.

Di luar padang, beliau terkenal sebagai dermawan yang gemar membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Terbaru beliau terlibat dalam projek BigShoe11, sebuah projek kebajikan yang melibatkan 11 pemain dari pelbagai negara untuk masing-masing menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Dengan tema ‘our goal is to help children’ (matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak), projek BigShoe11 setakat ini sudah mendapat sokongan Ozil serta bintang Juventus dan Perancis, Paul Pogba,

Ini bermakna hasil penglibatan mereka berdua, mereka telah menaja kos 22 pembedahan kanak-kanak tak bernasib baik di Afrika yang menderita kebakaran kulit dan kecacatan kaki.

Ozil selamatkan Sarah

Salah seorang kanak-kanak yang kos pembedahannya dibiayai oleh Ozil, Sarah merupakan mangsa kebakaran di Tanzania.

Sarah yang baru berusia 4 tahun menderita kabakaran kulit kritikal selepas rumahnya terbakar akibat penggunaan lampu kerosen (minyak tanah).

Menurut BigShoe11, unggun api, lampu kerosen dan letupan gas adalah punca utama selalu berlakunya kebakaran rumah di Tanzania.

Dia langsung tak dapat menggerakkan torso, leher, lengan dan jarinya akibat kecederaan tersebut.

Ketika mula-mula berjumpa dengan pakar pembedahan plastik, Dr. Stefan Riml dari Austria, Sarah cuba menyorok kecederaannya di sebalik jaket merah.

ozil1

Tetapi setelah berjaya diyakinkan oleh doktor, Sarah menjalani pembedahan selama 4 jam untuk memindahkan kulitnya dari bahagian badan yang tak terbakar ke kawasan badannya yang melecur teruk.

Kini Sarah sudah boleh menggerakkan jarinya semula.

Pogba selamatkan Shania

Salah seorang kanak-kanak yang pembedahannya dibiayai oleh Pogba adalah Shania yang mengalami masalah kecacatan kaki.

Shania yang berusia 6 tahun mempunyai tulang kaki yang bengkok dengan kritikal, sehinggakan bola besar boleh melepasi kakinya.

ozil2

Meskipun cacat, Shania masih mampu bergelak tawa, bermain dan melompat seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun Dr. Annemarie Schraml dari Jerman yang merawat Shania memberitahu:

“Jika Shania tidak dibedah, lututnya hanya bertahan sehingga umurnya 20 tahun sahaja. Pembedahan perlu dilakukan untuk memperbetulkan tulang kakinya.”

Pembedahan Shania berjaya. BigShoe11 melaporkan Shania bakal boleh berjalan semula dalam masa beberapa minggu.

Mahu cari pemain lain taja

Bersesuaian dengan tema dan objektifnya, Ozil dan Pogba masing-masing berazam untuk mencari dan mengajak pemain-pemain bola sepak lain untuk turut menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Untuk mencapai sasaran projek BigShoe11, Ozil dan Pogba perlu mencari 9 lagi pemain untuk menaja 99 lagi kos pembedahan kanak-kanak di Afrika.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Mesut Ozil Bakal Menjadi Pemain EPL Pertama Pakai But Tanpa Tali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN