Ozil, Pogba Antara Bintang Bola Sepak Ucap Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha juga disebut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Ianya perayaan terbesar dalam kalendar Islam selain daripada Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Ianya dimulakan dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah.

Sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Beberapa pemain bola sepak ternama dunia telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Lupakan seketika isu masa depan dan sikap ejen beliau, Paul Pogba yang merupakan Juara Dunia bersama Perancis telah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua peminat beliau.

Bintang Liverpool, Mohamed Salah yang berada dalam senarai 3 pemain yang bakal merebut Anugerah Pemain Terbaik UEFA, memuat naik status ringkas ini dengan emoji ceria.

Mesut Ozil yang baru mengumumkan persaraan antarabangsa beliau kini bersama-sama pemain Arsenal yang lain dalam proses adaptasi taktikal baharu di bawah Unai Emery. Beliau turut berkesempatan memuat naik status ucapan ini.

Selepas menghadiahkan Gary Neville dengan jersi Liverpool, Shaqiri juga enggan melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ini adalah ucapan daripada pemain Real Madrid, Karim Benzema yang menjuarai 4 UCL daripada 5 musim.

Bintang AS Roma yang juga salah seorang target man paling digeruni, Edin Dzeko dengan ucapan beliau.

Ucapan bintang Bayern Munich, Franck Ribery kepada keluarga beliau dan semua yang meraikan Hari Raya Korban.

Namun kami rasa ini yang paling ‘win’ dan menarik.

Selain daripada pemain-pemain bintang ini, kelab-kelab ternama juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

Liverpool FC dengan ilustrasi menarik.

Manchester United juga memberikan ucapan dengan gambar Old Trafford yang menjadi tempat ikonik. Man. United mendoakan anda sihat sejahtera.

Ini adalah ucapan ringkas dari Chelsea:

Juventus tidak mahu ketinggalan:

Ini ucapan daripada Arsenal yang kini dalam era baharu di bawah Unai Emery.

Itu antara kompilasi ucapan Hari Raya Aidiladha yang kami sempat kumpulkan. Kami di semuanyaBOLA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiadha kepada semua pembaca kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN