Masa depan Mesut Ozil di Arsenal menjadi perdebatan hangat. Beliau sekali lagi disisihkan oleh Unai Emery dalam perlawanan Piala Carabao menentang musuh abadi mereka Spurs.
Mesut Ozil hanya mampu duduk di tempat duduk penonton bersama David Beckham dan juga pemilik JDT – TMJ.
📸 Mesut Ozil, Sead Kolasinac and David Beckham watching the game tonight. 👀 pic.twitter.com/dVx1YxQORy
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) December 19, 2018
Sebelum ini Ozil disisihkan kerana masalah sakit, kemudian beliau disisihkan kerana masalah fizikaliti. Seterusnya disisihkan kerana isu intensiti. Dan terbaru isu taktikal.
Ini jawapan Unai Emery ketika ditanya tentang masa depan Ozil. Beliau berkata: “Semua pemain penting di Arsenal. Dan saya buat keputusan untuk tidak turunkan seorang kerana isu taktikal.”
Has Mesut Özil got a future at The Emirates?
"Every player is important and one I decided didn't play and that was tactical."
Unai Emery reluctant to discuss Mesut Ozil's @Arsenal future: https://t.co/PU5dvxRhRU pic.twitter.com/YwthRdiTOW
— Sky Sports Football (@SkyFootball) December 20, 2018
Pemain bergaji paling mahal dan pemain yang paling kreatif disisihkan kerana isu taktikal? Anda jangan terkejut kerana itu sedang berlaku pada Ozil.
Kualiti persaingan dalam kem Arsenal
Dalam pasukan Arsenal sekarang ini, ramai pemain telah meningkat naik kerana berusaha untuk memahami kehendak taktikal Unai Emery. Pemain seperti Xhaka yang awalnya dianggap paling ego tak mahu berubah dilihat sudah menunjukkan peningkatan.
Terdapat laporan menyatakan Lacazette dan Aubameyang mahu Unai Emery menjelaskan adakah pengurus itu memilih untuk menggunakan 2 penyerang no.9.
Unai Emery bertegas beliau lebih memilih sistem no.9 tunggal. 2 pemain tersebut juga menghormati keputusan itu dan hasilnya, berlaku persaingan sangat positif dan sihat di antara kedua-dua pemain.
Which players have the most goals + assists this season? 📊
1⃣7⃣ Hazard
1⃣6⃣ Wilson
1⃣6⃣ Sterling
1⃣5⃣ Sane
1⃣5⃣ Salah
1⃣4⃣ Aguero
1⃣4⃣ Aubameyang
1⃣3⃣ Kane
1⃣2⃣ Lacazette
1⃣1⃣ Jimenez
1⃣1⃣ Fraser
🔟 Mitrovic#FPL— Fantasy Football Secrets 🤫 (@FPLSecrets) December 19, 2018
Pemain muda seperti Guendouzi awalnya dianggap akan menjadi mangsa dipinjamkan ke kelab lain kerana polisi Arsenal sebelum ini. Namun ia tak berlaku, beliau berjaya menyaingi pemain lain untuk tempat dalam kesebelasan utama.
Kualiti dan komitmen para pemain ini yang membuatkan Arsenal melalui 22 perlawanan tanpa kalah musim ini sebelum ia dikuburkan di St-Mary – oleh Southampton.
Apa sudah jadi dengan Ozil?
Mesut Ozil sudah beberapa kali tidak disertakan dalam senarai pasukan akan bermain kerana isu taktikal dan teknikal. Dan beliau merupakan pemain bergaji paling mahal iaitu £350,000 seminggu.
Selepas aksi ‘masterclass’ menentang Leicester beliau bergelut sekali lagi dengan prestasi pada musim ini. Ketika itu ramai penyokong Arsenal menganggap Ozil sudah mampu mencapai prestasi dan apa yang dikehendaki Unai Emery.
Really thought Ozil was going to have the season of his life after that masterclass vs Leicester 💔 #AFC https://t.co/A5RvY2HbU1
— Fanzine Football (@Fanzine_com) December 20, 2018
Kerana beliau Arsenal memilih untuk tidak menunaikan permintaan Sanchez – meminta gaji pada angka tersebut. Agak mustahil untuk Arsenal memiliki 2 pemain dengan gaji £350,000 seminggu. Maka ketika itu Arsenal memilih untuk mengekalkan Ozil selepas beberapa siri rundingan gagal.
Agak ironi, 2 sahabat baik ini – yang menjadi pemain bergaji tertinggi di kelab masing-masing – telah mengalami krisis prestasi selepas menerima apa yang mereka hajatkan.
Press!
Kini di bawah sistem Unai Emery, Arsenal memerlukan semua pemain melakukan ‘pressing’ dan turun bertahan.
Di bawah Arsene Wenger, Ozil kerapkali dimaafkan – walaupun hanya berlegar menunggu bola di tengah padang – kerana statistik kreativiti beliau. Itu yang membuatkakan beliau digelar raja assist di EPL. Namun kini sudah berubah. Unai Emery tetap mahukan semua pemain bertahan dan menyerang dalam unit.
Sebelum ini beliau tidak dapat bermain kerana masalah tidak cukup cergas dan terasa sakit di bahagian belakang. Terdapat kerisauan masalah itu kerana kecanduannya kepada permainan video Fortnite dan komitmen dengan pasukan eSukan milik beliau.
Selepas itu, dalam perlawanan menentang Spurs, Ozil tidak diturunkan kerana alasan taktikal. Ozil dikatakan masih belu menepati kehendak Unai Emery apabila berhadapan dengan pasukan berintensiti tinggi.
Intensiti permainan
Seterusnya Unai Emery sangat pentingkan kecergasan pemain. Lihat sahaja apa yang beliau lakukan pada minggu pertama pram-musim, sampai ada pemain Arsenal – yang dikatakan sangat ‘fit’ – hampir termuntah dikerjakan latihan kecergasan beliau.
Ozil kerapkali gagal melepasi piawaian yang ditetapkan pada latihan persediaan perlawanan.
Jual Ozil?
Kini timbul spekulasi bahawa Arsenal mungkin terpaksa menjual Ozil pada Januari ini. Namun ianya bukan mudah untuk dilakukan. Valuasi harga untuk Ozil pada musim ini sangat rendah kerana kontribusi minimum beliau di atas padang pada musim ini.
Ozil kini diletakkan harga maksimum £45 juta pada pasaran perpindahan. Dan ada yang meramalkan mungkin Arsenal terpaksa menerima harga lebih rendah jika terpaksa mengeluarkan Ozil untuk mengimbangi struktur gaji di Emirates.
Isu seterusnya, selain kelab di England dan kelab seperti Real Madrid, Barcelona dan PSG, mana ada kelab lain yang sanggup membayar gaji sebesar itu untuk pemain berusia 30 tahun?
Seterusnya, jika Arsenal cuba menggunakan pendekatan pinjaman dengan opsyen pembelian tetap – ini bagi mendapatkan harga maksimum untuk Ozil – ianya juga sukar kerana tingkat gaji Ozil yang tinggi.
If we arent going all in for Ozil on loan then why are we bothering 😉 pic.twitter.com/jznkWSM51I
— Dave (@dpw247) December 21, 2018
Jika Arsenal terpaksa menggunakan pendekatan pembahagian bayaran angka £350,000 seminggu dengan pasukan peminjam, ianya tetap masih sangat tinggi. Dan adakah Arsenal sanggup melakukan perjanjian seperti itu?
Jika Arsenal menemui pengganti Wenger lebih awal dahulu mungkin skrip lain berlaku dalam perjanjian Arsenal. Mungkin Alexis Sanchez akan diberikan gaji itu dan Ozil dilepaskan ke kelab lain. Masalah Arsenal sebelum ini, Wenger terlalu banyak gagal menyelesaikan masa depan pemain lebih awal.
Unai Emery ketika ditemuramah untuk jawatan pengurus Arsenal – dengan terangan memberitahu beliau mahu membentuk sistem permainan berasaskan Ramsey dan Aubameyang. Malang sekali masa depan Ramsey pun gagal diselesaikan awal oleh Arsenal dan kini pemain itu akan menjadi ejen bebas pada Januari ini.
Kini Unai Emery dalam dilema, sama ada terus meletakkan Ozil di bangku simpanan ataupun cuba menjual beliau dengan harga lelong? Jika Ozil terus gagal menunjukkan kemampuan beliau untuk bermain dalam pasukan yang ada.
Inter Milan dikatakan antara kelab yang sedang memantau rapat perkembangan Ozil terutama sekali selepas mereka mendengar pemain itu disisihkan sekali lagi dalam perlawanan menentang Spurs.
Corriere dello Sport: Ozil is in rupture with #AFC. Inter are considering a move as soon as January. pic.twitter.com/l17bpEN9LH
— Arsènic™ (@MrArsenicTM) December 20, 2018
Inter mahu membuat inkuiri sama ada Ozil berada dalam senarai untuk dijual? Mereka mahu membelanjakan dana yang mereka sediakan untuk Modric sebelum ini – dilaburkan untuk Ozil.
Spectator Mesut Ozil left to ponder his Arsenal future after being left out of North London derby for tactical reasons as Inter Milan remain interested https://t.co/KFPDBYJIEl pic.twitter.com/7u4f6kf3Dr
— Mail Sport (@MailSport) December 20, 2018
Unai Emery sudah beberapa kali menyisihkan Ozil kerana isu kecergasan dan taktikal. Seterusnya Ozil kerap dikeluarkan awal kerana Unai Emery menuntut pemain itu bekerja lebih dinamik di atas padang.
Adakah Unai Emery cepat berputus asa?
Jika anda kata Unai Emery memang tak suka Ozil dan cepat putus asa pada Ozil anda mungkin silap. Pada Oktober lalu, Mirror Sport melaporkan staf kejurulatihan Unai Emery menasihatkan agar beliau meletakkan Ozil di bangku simpanan kerana tidak mencapai tahap terbaik pada persediaan.
Unai Emery tidak mengendahkan nasihat itu dan memulakan Ozil di kesebelasan utama – malah menjadikan Ozil sebagai kapten. Namun malangnya ketika itu Ozil beraksi dengan teruk dan tidak melakukan pressing sedangkan rakan-rakan beliau yang lain berusaha 100%.
Unai Emery mengeluarkan Ozil dan Ozil dilaporkan menujukkan rasa tak puas hati beliau dengan membaling sarung tangan beliau di hadapan Unai Emery.
Seterusnya, Mesut Ozil kerapkali tidak komited untuk berlatih lebih keras bagi perlawanan tempat lawan. Persediaan perlawanan untuk perlawanan di tempat lawan biasanya lebih intensif kerana ianya perlawanan lebih sukar. Ozil pula kerapkali tidak menunjukkan komitmen yang lebih tinggi.
Kesannya, musim ini beliau kerapkali tidak berada di kesebelasan utama untuk perlawanan di tempat lawan.
Unai Emery sentiasa membuka peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan potensi beliau. Namun beberapa pundit menyatakan, berdasarkan keadaan hari ini, Ozil tidak menunjukkan tanda-tanda beliau mahu menepati penanda aras yang diletakkan oleh Unai Emery.
Rumusan
Ramai yang menjangkakan masa depan Ozil di Arsenal semakin suram. Namun ramai juga percaya segalanya bergantung kepada Ozil, sama ada beliau sanggup untuk keluar daripada zon selesa dan meningkatkan intensiti permainannya.
Penyokong Arsenal sememangnya sayangkan Mesut Ozil kerana kualiti beliau. Namun harus diakui beliau kerap berhadapan dengan isu konsistensi untuk memberikan aksi terbaik beliau.
Apa kata pembaca semuanyaBOLA adakah anda merasakan Ozil akan menjadi pemain penting di dalam pasukan Unai Emery?