Ozil Bimbang Tak Sempat Beraksi Dalam Saingan Piala Dunia 2018

Ozil

Bintang Jerman, Mesut Ozil melahirkan kebimbangan terhadap peluangnya mewakil negara dalam saingan Piala Dunia di Russia tahun ini.

Beliau yang menyertai senarai pemain yang cedera ketika ini,  menegaskan dia akan kembali cergas untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia di Russia.

“Sedih sekali apabila terlepas aksi semalam (Ahad) kerana kecederaan belakang,” kata Ozil menerusi Instagram selepas tidak beraksi ketika Arsenal membelasah Burnley 5-0 Ahad lalu.

“Ia memerlukan masa, namun saya pasti akan pulih sepenuhnya tepat untuk Piala Dunia.”

Berbaki lima minggu sebelum Piala Dunia pada 14 Jun, pengatur serangan Arsenal itu menyertai Manuel Neuer dan Jerome Boateng yang turut mengejar masa untuk pulih daripada kecederaan.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendedahkan sebelum sepak mula bahawa Ozil dijangka tidak beraksi sehingga penghujung musim kerana sakit belakang.

Perlawanan pertama Jerman pada peringkat kumpulan adalah menentang Mexico pada 17 Jun. Mereka juga akan menentang Sweden dan Korea Selatan dalam Kumpulan F.

Neuer, kapten dan penjaga gol Jerman tidak beraksi sejak tulang kakinya retak September lalu.

Bek tengah Boateng pula cedera pangkal paha pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara ketika tewas kepada Real Madrid dua minggu lalu.

Jurulatih Jerman Joachim Loew akan mengumumkan skuad Piala Dunia pada 15 Mei.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN