Video: Owen Buat Punchline Sekali Lagi, Cakap Liverpool Juara Europa Musim Lalu

Michael Owen sememangnya terkenal dengan insiden-insiden blunder dan sikapnya yang suka state the obvious ketika mengulas perlawanan bola sepak.

Senang cerita, Michael Owen adalah pengulas yang kerap menjadi bahan jenaka dan kurang digemari oleh peminat bola sepak walaupun dia seorang pemain bola sepak yang hebat pada era beliau.

Seminggu selepas meraikan gol Barcelona, walaupun dia adalah bekas pemain Real Madrid, pada awal pagi tadi waktu Malaysia, Owen buat kelakar sekali lagi.

Selepas kemenangan satu lagi bekas pasukan Owen, Manchester United ke atas Rostov, beliau telah mengulas prospek 8 pasukan yang beraksi di suku akhir Europa League.

Owen ingin memberikan gambaran betapa sukarnya kejohanan Europa League pada hari ini. Kualiti pertandingan ini sudah meningkat.

Namun malangnya, Owen mengambil contoh yang salah. Beliau mengambil contoh Liverpool sebagai juara pertandingan ini musim lalu.

Ia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak di media sosial. Ada juga yang hairan bagaimana BT Sports masih menyimpan Michael Owen.

Ada juga yang berasa simpati dengan Owen selepas baru sahaja reda daripada kecaman meraikan gol Barcelona sebelum ini.

Tak kurang juga yang bertanya, adakah Owen hanya menonton perlawanan Final Europa League musim lalu untuk separuh masa pertama?

Ini kerana Sevilla menjuarainya menewaskan Liverpool selepas kebangkitan luar biasa pada separuh masa kedua.

Baca juga:Video: Acara ‘Relay’ Pisang Oleh Mourinho, Young Dan Rojo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN