Ousmane Dembele Sertai Barcelona Dengan Rekod Pemain Kedua Termahal Dunia

Sah. Ianya menjadi kenyataan!

Pemain Borussia Dortmund, Ousmane Dembele telah bersetuju untuk menyertai Barcelona dengan rekod perpindahan kedua termahal dunia.

Beliau menyertai kelab La Liga itu dengan jumlah perpindahan sebanyak €147 juta tetapi Barcelona hanya akan membayar jumlah perpindahan sebanyak €105 juta sahaja dengan bakinya dibayar dalam bentuk bonus.

Dembele bakal mengikat kontrak selama 5 tahun dengan jumlah klausa perlepasan pemain tersebut diletakkan pada nilai sebanyak €400 juta.

Pemain kebangsaan Perancis itu akan menjalani ujian perubatan bersama-sama Barcelona pada Isnin hadapan.

Taktik Dembele untuk memaksa perpindahan keluar dari Borussia Dortmund berhasil selepas beliau tidak menghadirkan diri ke latihan pasukan tanpa sebab sehingga beliau digantung oleh pihak kelab.

Beliau juga masih belum bermain bersama pasukan tersebut sejak mereka memulakan musim sejak perlawanan pertama menentang Bayern Munich dalam saingan German Super Cup.

Dembele kini menjadi pemain Perancis yang termahal dalam sejarah negara mereka selepas memecahkan perpindahan yang dilakukan oleh Paul Pogba ketika berpindah semula ke Manchester United dari Juventus.

Sebelum itu, rekod itu dipegang oleh legenda Zinedine Zidane.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Ousmane Dembele: Barcelona agree £135.5m deal for Dortmund forward; http://www.bbc.com/sport/football/41044659

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN