Selepas Bartomeu Puji Lebih Bagus Daripada Neymar, Dembele Melapor Diri Seminggu Lebih Awal

Jika musim lalu, beberapa kali Ousmane Dembele lambat datang ke pusat latihan. Sehinggakan Barcelona menghantar pegawai mengejutkan beliau – yang ada masalah bangun lewat.

Ernesto Valverde pernah menegur secara terbuka sikap culas Dembele dalam soal latihan. Dembele seorang yang gemar bermain permainan video dan menonton filem sehingga ke subuh. Itu yang membuatkan beliau susah nak bangun.

Sehinggakan pengurusan tertinggi Barcelona mengenakan peraturan khas kepada Dembele. Beliau dilarang mematikan telefon ataupun meletakkan telefon dalam mod senyap pada awal pagi. Ini bagi membolehkan beliau mendengar panggilan daripada jurulatih sekiranya beliau lewat.

CEO Borussia Dortmund Hans-Joachim Watzke pula pernah mengeluarkan kenyataan mendedahkan perangai buruk Ousmane Dembele yang suka datang lewat ke latihan. Namun perkara itu tidak didedahkan kepada media.

Hans-Joachim Watzke tidak terkejut dengan laporan bahawa Dembele ada masalah yang sama di Barcelona, kerana menurut beliau, mereka pernah melihat perkara yang sama di Dortmund.

Semangat baru Dembele

Namun kali ini, Dembele mengejutkan ramai pihak. Beliau dilaporkan memendekkan cuti pra musim beliau untuk kembali ke pusat latihan Barcelona.

Ianya kira-kira seminggu lebih awal daripada tarikh sepatutnya para pemain berkumpul untuk kem pra musim. Barcelona menetapkan 14 Julai sebagai tarikh melapor diri – kecuali untuk pemain yang diberikan pelepasan khas.

Pemain berusia 22 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Barcelona. Beliau awalnya diletakkan dalam senarai untuk dijual.

Namun beberapa hari lalu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu melabel Dembele sebagai lebih baik daripada Neymar. Bartomeu menggambarkan bahawa mereka mungkin akan berusaha mengekalkan Dembele dan perpindahan Neymar agak sukar untuk direalisasikan.

Mengulas tentang Dembele, Bartomeu berkata: “Beliau masih muda dan berbakat, ada banyak ruang untuk membangun dan kami mahu itu berlaku di Barcelona.”

“Beliau adalah tiang asas kepada projek kami dan masa hadapan kelab. Ianya satu kepuasan untuk menyaksikan beliau bermain untuk kelab ini.”

Perkara itu mungkin telah membuatkan Dembele kembali bersemangat dan mahu membuktikan sesuatu kepada kelab bahawa beliau sudah berubah.

Dembele turut meminta kelab menyediakan beliau jurulatih untuk membantu beliau memulakan persediaan pra musim lebih awal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN