Satu perkara yang mengejutkan! Pemain Borussia Dortmund iaitu Ousmane Dembele tidak menghadirkan diri di sesi latihan bersama kelab tersebut.
Hilangnya pemain itu dari sesi latihan cukup mengundang keresahan pengurus pasukan iaitu Peter Bosz. Hal ini kerana, beliau cuba untuk menghubungi pemain tersebut namun gagal.
“Ousmane Dembele tidak hadirkan diri ke sesi latihan kali ini. Kami pun tak tahu kenapa.”
“Kami sudah cuba untuk menhubungi beliau, namun kami tidak berjaya melakukannya.”
Apa yang berlaku ini mungkin perkara kecil dan boleh diselesaikan tanpa perlu diperbesarkan isunya.
Namun begitu, dengan situasi Dembele kini diburu Barcelona. Isu kehilangan beliau boleh menimbulkan kemungkinan pemain itu melakukan perbincangan secara rahsia dengan kelab itu tanpa kebenaran pihak Borussia Dortmund.
Tidak lama kemudian, pihak kelab telah mengesahkan yang Dembele masih berada di Dortmund dan pemain itu telah diambil tindakan disiplin atas apa yang dilakukan beliau.
Dembele telah pun didenda dan digantung oleh pihak kelab kerana tidak hadirkan diri ke latihan.
Dalam masa yang sama, pihak Borussia Dortmund telah mengesahkan yang wakil dari Barcelona telah hadir untuk berbincang mengenai pemain Perancis itu.
Namun tawaran yang diberikan oleh kelab itu ditolak oleh mereka kerana tidak menepati harga yang dimahukan.
Sumber:
- BBC Sport (2017): Ousmane Dembele: Dortmund reject Barcelona bid as forward misses training; http://www.bbc.com/sport/football/40889904