Ousmane Dembélé Cedera Lagi Ketika Jalani Pemulihan Kecederaan Lain

Ousmane Dembélé akan diketepikan selama 6 bulan lagi selepas putus tendon otot hamstring kaki kanan beliau ketika menjalani latihan pemulihan kecederaan lain di Ciutat Esportiva minggu lepas. Pemain sayap muda Perancis ini mengalami kecederaan otot sama pada Oktober 2019 dan terpaksa berehat selama 3 bulan.

Barcelona melaporkan dalam laman web rasmi mereka bahawa Dembélé akan berehat selama 6 bulan lagi selepas menjalani pembedahan di Turku, Finland. Pembedahan diketuai oleh pakar bedah ortopedik Dr. Lasse Lempainen.

Berita ini merupakan satu khabar buruk buat Barcelona yang melabur €125 juta untuk mendapatkan pemain sayap ambidekstrus (boleh menggunakan kedua-dua kaki dengan selesa) tersebut. Perancis juga bakal terlepas peluang menggunakan khidmat beliau menjelang UEFA Euro 2020 nanti.

Dembélé baru mencatatkan sembilan penampilan (lima daripadanya sebagai kesebelasan utama) dan hanya menjaringkan satu gol sepanjang musim 2019/2020 untuk Barcelona ketika ini.

Masa depan suram untuk Dembélé?

Pada satu ketika Ousmane Dembélé dititip sebagai salah satu bintang muda dunia selepas melakukan debut untuk Rennes di Ligue 1 pada usia 14 tahun. Pada musim panas 2016, beliau kemudiannya berhijrah ke Borussia Dortmund, menjaringkan 12 gol dan menyumbang 20 bantuan gol pada musim pertamanya di sana.

Ini meyakinkan Barcelona untuk memberinya kontrak 5 tahun pada musim panas 2017.

Ketika ini majoriti penyokong Barcelona sudah melihat Dembélé sebagai satu kegagalan kelab mereka dalam urusan pembelian pemain. Ditambah pula dengan peningkatan persembahan yang ditunjukkan oleh Ansu Fati, ini pastinya menyukarkan usaha Dembélé untuk menjamin tempat kesebelasan utamanya.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah karier Dembélé sudah berakhir di Barcelona? Adakah usianya yang masih muda bakal memberikan peluang kepadanya untuk kembali menyinar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN