Ousmane Dembele Sedia Kembali Beraksi Bersama Barcelona Minggu Ini

Bintang muda Barcelona, Ousmane Dembele dijangka sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan dijangka akan kembali beraksi dalam saingan Copa del Rey menentang Celta Vigo.

Pemain berusia 20 tahun itu tidak beraksi selama 4 bulan akibat kecederaan, namun gergasi Catalan tersebut mengesahkan pada Selasa lalu bahawa Dembele sudah bersedia untuk disenaraikan untuk perlawanan.

Bintang Perancis tersebut mengalami kecederaan tendon ketika menentang Getafe pada September lalu, dan hanya kembali menjalani latihan bersama skuad utama beberapa hari sebelum Barcelona mencatat kemenangan 3-0 ke atas Real Madrid dalam pertembungan El Clasico terakhir pada tahun lalu.

Dembele kemudiannya diberikan rehat sempena perayaan Krismas, sebelum keseluruhan skuad Barcelona kembali menjalani latihan pada 30 Disember yang lalu.

Selepas beberapa sesi latihan, akhirnya pasukan perubatan Barcelona mengesahkan pemain berusia 20 tahun tersebut sudah bersedia untuk diturunkan untuk perlawanan kompetitif, bermula dengan Celta Vigo.

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Barcelona akan berkunjung ke Vigo pada Khamis ini untuk perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Copa Del Rey. Perlawanan timbal balik dijadualkan akan diadakan di Nou Camp pada minggu hadapan selepas aksi La Liga menentang Levante pada hujung minggu ini.

Ernesto Valverde dijangka akan menurunkan pemain yang kurang mendapat minit untuk beraksi dalam perlawanan menentang Celta Vigo, termasuk Dembele dan Rafinha yang turut baru pulih daripada kecederaan.

(Photo by Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Dembele adalah pemain termahal yang pernah dibawa masuk oleh Barcelona ke Nou Camp. Tiba pada jendela perpindahan musim panas lalu, Dembele hanya beraksi dalam 3 perlawanan sebelum mengalami kecederaan.

Barcelona berjaya menjuarai Copa del Rey untuk tiga musim berturut-turut. Namun demikian kelab Catalan itu dijangka akan menghadapi cabaran sengit daripada Celta Vigo yang berjaya mencuri satu mata daripada mereka dalam saingan La Liga pada bulan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN