Osorio: ‘Mexico Tak Mahu ‘Parking Bas’ Jumpa Pasukan Terbaik Di Muka Bumi’

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio menyifatkan yang mereka akan berhadapan pasukan terbaik di dunia iaitu Brazil.

Beliau juga memberikan jaminan yang Mexico tidak akan ‘parking’ bas menentang Brazil. Mereka akan cuba menyerang pasukan terbaik dunia itu.

Brazil sudah pastinya pasukan pilihan, bukan sahaja untuk menang perlawanan ini, malah salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2018.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 22: Philippe Coutinho of Brazil celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Brazil and Costa Rica at Saint Petersburg Stadium on June 22, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Mexico ada masalah dengan peringkat 16 pasukan akhir dan membuatkan mereka disifatkan ada badi perlawanan ke-5. Osorio berkata:

“Brazil pasukan hebat, mereka adalah pasukan terbaik di dunia. Ini kerana pemain-pemain mereka boleh mengawal perlawanan, menghantar bola dan mereka bermain dalam unit seperti pasukan Sepanyol dan Jerman.”

“Tite pula jurulatih yang sangat berpengalaman. Dia tahu cara menggandingkan pemain dalam pasukan dan saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk kami bermain berhadapan dengan pasukan terbaik di planet ini dalam peringkat 16 pasukan akhir.”

“Corak bola sepak kami adalah, memberikan masalah kepada pertahanan lawan dan kami tidak akan pernah berputus asa untuk menyerang.”

Mexico’s forward Oribe Peralta (C) and Mexico’s midfielder Marco Fabian (R) attend a training session at Ekaterinburg Arena in Ekaterinburg on June 26, 2018, on the eve of their Russia 2018 World Cup Group F football match against Sweden. (Photo by Anne-Christine POUJOULAT / AFP) (Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

“Kami akan sentiasa menurunkan sekurang-kurangnya 5 pemain berfikiran ofensif, ataupun 4 pemain penyerang dan 2 pemain 9 jadian seperti Hector Herrera.”

“Saya berharap kami akan mampu menghantar banyak bola, memiliki penguasaan bola dan perlu memastikan kami ada pemain yang cukup di kawasan serangan. Pada masa yang sama, kami perlu bertahan dengan baik.”

“Semua kita tahu, pemain sayap dan bek sayap Brazil, kedua-duanya boleh menyerang dan kami akan cuba menghalang mereka daripada bermain dengan cara mereka.”

Osorio berharap mereka boleh bermain dengan baik dan mengakhiri badi peringkat 16 pasukan akhir. Beliau juga berkata yang pemain-pemain beliau sudah bersedia.

Mereka mahu membuatkan penyokong dan seluruh negara mereka bangga pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN