Oscar Tabarez, jurulatih veteran yang digelar sebagai ‘Bapa Pembangunan’ bola sepak Uruguay akhirnya meninggalkan skuad kebangsaan negara itu selepas 17 tahun.
Perjalanan pengendali berusia 74 tahun itu bersama skuad kebangsaan Uruguay disahkan berakhir pada Jumaat lalu melalui satu kenyataan oleh Uruguay FA, selepas beberapa keputusan buruk sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022.
Daripada lima perlawanan kelayakan yang dilalui sebelum ini, Uruguay gagal merekodkan sebarang kemenangan – termasuk kekalahan 1-0 kepada Argentina dan 3-0 kepada Bolivia baru-baru ini.
📣 Comunicado de la AUF – 19/11/2021 pic.twitter.com/OSVXn2qpG4
— Selección Uruguaya (@Uruguay) November 19, 2021
Tabarez sebenarnya mengendalikan Uruguay sebanyak dua kali. Kali pertama ialah pada 1988 sehingga 1990. Hanya sehingga 2006, Tabarez kembali untuk membimbing Uruguay dan proses membina kembali bola sepak negara tersebut dimulakan kembali oleh beliau.
Di bawah kendalian beliau, Uruguay mara ke pusingan akhir Piala Dunia sebanyak tiga kali. dan pencapaian terbaik Tabarez yang paling dikenang ialah ketika membawa negaranya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Tiga tahun lalu di Rusia, Uruguay mara ke peringkat suku akhir sebelum ditewaskan juara dunia Perancis.
Di sebalik pemecatan tersebut, Tabarez kekal sebagai antara watak paling dihormati di dalam bola sepak Amerika Selatan.
Bapa pembangunan bola sepak Uruguay
Ada sebab mengapa Tabarez digelar sebagai ‘Bapa Pembangunan’ bola sepak Uruguay. Ia berkaitan dengan metodologi dan ideologi yang dibawanya.
Tidak keterlauan jika kita katakan, tanpa Tabarez bola sepak Uruguay pada era moden ini tidak akan wujud sama sekali.
It’s over. Legendary Uruguayan manger Oscar Tabárez is no longer the head coach of the national team, official statement confirms. 🇺🇾 #Tabarez pic.twitter.com/IyE1qvwsqr
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 19, 2021
Ketika kembali menggalas jawatan Ketua Jurulatih Uruguay pada 2006, Tabarez menyedari saingan bola sepak domestik di Uruguay mustahil untuk memenuhi tuntutan saingan bola sepak antarabangsa.
Dalam erti kata lain, Liga Uruguay tidak mampu melahirkan pemain yang berkaliber untuk beraksi di peringkat antarabangsa. Lalu apakah yang Tabarez lakukan?
Formula Tabarez
Liga domestik Uruguay sebenarnya memiliki bakat muda dan prospek berpotensi. Begitu juga dengan beberapa nama bintang yang berstatus veteran.
Namun di sebalik perantaraan ini, kekuatan tersebut masih tidak mencukupi untuk dijadikan asas mewujudkan pasukan kebangasan mengikut norma Tabarez.
Oscar Tabarez,more than a coach. pic.twitter.com/uUNx3kJO5r
— Lütfi Ibragimowiç Berdiwadabekow (@LotfiWada) November 19, 2021
Bakat muda yang merantau berkemungkinan besar terus melupakan Uruguay untuk bersama negara lain ketika bola sepak pada hari ini mulai memasuki era globalisasi.
Bagaimana hendak membentuk sebuah skuad kebangsaan yang mantap dan berdaya saing?
Solusi tebaik ialah untuk membina dengan melakukan pelaburan kepada skuad remaja kebangsaan. Tabarez dan pasukannya bertindak ‘turun padang’, dengan harapan menemui bakat baru yang berpotensi menyinar di peringkat tertinggi.
Uruguay
Population – 3.5 million
Religion – ⚽️ Unofficially
Culture – ⚽️ Officially
Incredible squad depth
Experienced (Suarez, Cavani, Godin)
Young guns (Valverde, Bentacur, Toreira)
Stability & long term vision (Oscar Tabarez)
2x.. actually 4x World Cup 🏆
15 x Copa America 🏆 pic.twitter.com/VDEEutEfHR— Sivan John 🇦🇷 ⭐⭐⭐ (@SivanJohn_) June 17, 2019
Ciri utama pencarian bakat baharu oleh Tabarez ialah ‘kepantasan’: kepantasan dari segi gerakan, kepantasan berfikir, dan kepantasan secara teknikal.
Selepas pemain-pemain dengan identiti sebegini ditemui, Tabarez dan pasukannya kemudian memberikan pendidikan sewajarnya, sebagai input wajib sebelum seseorang pemain layak bergelar ahli anggota Le Celeste.
Ideologi yang menjadi falsafah
Selain daripada stabiliti dan pembangunan bakat muda untuk membentuk sebuah skuad kebangsaan yang berkualiti, Tabarez turut memiliki senjata rahsia yang digelar ‘Garra Charrua’ di dalam Bahasa Latin.
Secara literal, ia membawa makna ‘Tiang Cakaran’. Secara harfiah, ia menjelaskan jenis karakter pemain yang dikehendaki Tabarez untuk menyarung jersi Uruguay.
Ia adalah motto dan juga falsafah yang digunakan oleh Tabarez untuk membentuk mentaliti pemain untuk sentiasa mempercayai diri mereka adalah lebih baik daripada pasukan lawan.
Oscar Tabarez at the #FIFA World Cup
• 1990: R16 [16th]
• 2010: Semi Final [4th]
• 2014: R16 [11th]
• 2018: Quarters [5th] pic.twitter.com/FWjQeW9ldn— Uruguay Football ENG (@UruguayFootENG) November 19, 2021
ia merupakan sejenis pendekatan untuk pemain untuk menerapkan nilai patriotik dan rasa bangga menyarung jersi warna biru langit skuad La Celeste.
Alasannya mudah. Sering dibayangi oleh jiran tetangga seperti Brazil, Argentina, dan Chile, La Celeste memerlukan lebih dari keupayaan teknikal dan taktikal untuk menghasilkan impak positif di atas padang.
“Bola sepak Uruguay sering dituduh dengan corak permainan kasar. Sama ada ia tuduhan yang berasas atau tidak, Uruguay tidak pernah dilihat positif daripada sudut fair play. Kami memberi respon dengan melahirkan ramai pemain berbakat.”
“Namun ia sukar dilakukan apabila negara anda hanya memiliki sekitar 3.5 juta rakyat sahaja. Jika Uruguay hari ini berjaya menghasilkan seorang pemain berkualiti, ia bersamaan dengan 20 orang yang dihasilkan oleh negara seperti Brazil atau Argentina dalam tempoh yang sama.”
“Kerana itu, Uruguay harus memiliki kelainan untuk melihat bola sepak,” jelas Tabarez mengenai kaedah yang diterapkannya itu.
🎂
¡Feliz cumpleaños, Oscar Tabárez!🇺🇾 Años como DT de @Uruguay: 1⃣6⃣ (1988-1990 y 2006 en adelante)
🧢 Partidos dirigidos: 2⃣0⃣2⃣
🏃♂️ Jugadores dirigidos: 1⃣5⃣4⃣
®️ @gwr_es: 2⃣
DT con más partidos y mundiales (4) dirigidos a la misma selección.📄: https://t.co/K7K0QSpyO6 pic.twitter.com/EPgX0zXKvd
— Selección Uruguaya (@Uruguay) March 3, 2020
Impak Garra Charrua boleh dilihat dengan jelas, dan turut mengundang kontroversi. Antaranya insiden Luis Suarez menahan bola dengan tangan di peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 menentang Ghana, yang kemudiannya berhasil memacu mereka ke separuh akhir.
Empat tahun kemudian, sekali lagi Suarez dipalit kontroversi apabila menggigit pemain pertahanan lawan, Giorgio Chiellini sebelum Itali tersingkir. Uruguay kemudian layak ke pusingan kalah mati.
Begitu juga jaringan minit akhir Jose Jimenez, setelah Uruguay terlebih dahulu bergelut sepanjang perlawanan menentang Mesir di Rusia tempoh hari.
Semua itu didorong oleh mentaliti tidak ingin kalah yang diterapkan oleh Tabarez melalui pendekatan ‘Garra Charrua’.
Pengorbanan Tabarez
Tabaewz sepatutnya bersara penuh dari bola sepak lebih awal yang selepas disahkan menghidapi sejenis penyakit neuron yang digelar, Guillain-Barré Syndrome oada 2016.
Penyakit tersebut memaksa Tabarez terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak, dan adakalanya kerusi roda. Memegang semangat ‘Garra Charrua’, Tabarez berkata tidak ada perkara yang boleh menghalang beliau untuk melakukan apa yang paling disukainya selama ini.
Apa jenis pun perjalanan yang dipilih oleh Tabarez selepas ini, dunia sudah mengetahui bahawa beliau telah meninggalkan satu legasi untuk La Celeste.
Di dalam dunia dan pandangan mata Oscar Tabarez, semuanya berkemungkinan buat Uruguay.