ORIGINA Jadi Rakan Minuman Rasmi Liga Malaysia Sehingga 2023

Jenama minuman tempatan yang sedang meningkat naik, ORIGINA sudah mengesahkan mereka menjadi rakan susu dan jus rasmi bagi saingan Liga Malaysia.

Bakal bersama Liga Malaysia sehingga 2023, jenama yang sudah dibangunkan sejak daripada 2014 lagi ini bakal menyertai kancah bola sepak tempatan bermula dengan saingan Piala Malaysia 2022.

Bercakap pada majlis pengenalan kerjasama ORIGINA dengan Malaysian Football League (MFL) di Petaling Jaya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ORIGINA iaitu Fatin Diana begitu teruja dengan kerjasama yang dilakukan.

”Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan MFL dan bertemu dengan penonton bola sepak Malaysia daripada pelbagai golongan.

“Pentas bola sepak Malaysia semakin gemilang dan meriah, ORIGINA juga komited dalam menyampaikan semangat dan cinta yang sama,” kata Fatin.

Bagi CEO MFL, Stuart Ramalingam, beliau menganggap kerjasama ini bukan sahaja baik untuk bola sepak sebaliknya untuk ekonomi negara juga.

“Kerjasama MFL dan ORIGINA bukan sahaja menunjukkan perkara positif sebaliknya ia bakal menjadi satu penanda aras yang baik khusus daripada sektor ekonomi.

”Kami berbangga kerana kami mempunyai satu lagi jenama Malaysia yang memanfaatkan capaian yang boleh ditawarkan oleh Liga Malaysia.

“Dengan lebih banyak jenama baharu yang pada tradisinya tidak bersama bola sepak sudah mula menyertai Liga Malaysia, kami percaya Liga Malaysia kini membuktikan bahawa kami mempamerkan nilai korporat sebenar yang diperlukan dalam penajaan sukan moden,” jelas Stuart.

ORIGINA menjadi pelbagai jenama tempatan yang menjadi rakan Liga Malaysia seperti Alif, Luno, Malaysia Airlines dan pelbagai lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN