‘Orang Kuat’ Selangor Minta Kerja Bersama JDT?

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor (TMJ) selaku pemiliki Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuat pendedahan yang sangat besar sebentar tadi di media sosial Instagram.

Menerusi pendedahan demi pendedahan dibuat, TMJ turut menyatakan Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor pernah berminat untuk menyertai JDT.

Ianya dinyatakan oleh TMJ sendiri menerusi satu perbualan kedua individu tersebut di Whatsapp sebelum baginda berkongsikan secara umum.

Screenshot

Terdahulu, Shahril Mokhtar telah pun melepaskan jawatan beliau selaku bekas Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara serta merta selepas isu panas melanda antara Selangor bersama organisasi tersebut serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Salam Tuanku, hope Tuanku is in good health, First of all patik mohon ampun dan maaf for being direct Tuanku. Patik looking for working opportunity and if there is anything comes across Patik reallv appreciate if
Tuanku have Patik in mind.
Enclosed is Patik’s CV for Tuanku’s perusal. Menjunjung kasih Tuanku,” kata Shahril Mokhtar di Whatsapp.

Namun, TMJ secara lantang kembali menyatakan di Instagram baginda tidak dapat memberikan kerja tersebut sambil berharap Shahril mampu mendapatkan kerja.

“Sorry I couldn’t give you any job, and that led you to do what you’re doing now. All the best on your job hunting,” kata TMJ.

Sebelum ini, TMJ turut memberikan suatu sindiran panas mengenai situasi Selangor ketika menangani hukuman telah diletakkan oleh MFL.

Screenshot

Selangor yang membuat keputusan untuk menarik diri pada saingan Piala Sumbangsih lalu telah pun menerima empat bentuk hukuman daripada MFL sebelum ianya dikurangkan atas titah Penaung pasukan tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor murka atas apa telah melanda.

“Lepas ini yang mana club tak bayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang undang Liga, suruh Sultan tulis surat murka aja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat. Ini akan start satu precedent dimana selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tak boleh.

“(JDT dari 2013 kena denda beratus ribu, saya kena banned 6 bulan, tak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan.) Ini siap mengungkit beri pingat Datuk.

MFL buat U-Turn tapa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang. Ladies and gentlemen, I present to you The real Tokong of Malaysian football,” sindir TMJ.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN