Ong Kim Swee Yakin Isu Pasport Kuzain Akan Selesai

Wan Kuzain

Jurulatih skuad Malaysia B-22, Datuk Ong Kim Swee yakin Wan Kuzain Wan Kamal akan dapat menyelesaikan masalah pasport beliau bagi membolehkannya bermain untuk Malaysia dalam saingan Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina.

Kim Swee mendedahkan beliau tidak memberikan jaminan, pemain kelahiran Illinois itu boleh beraksi di Sukan SEA kali ini. Tetapi Datuk Ong Kim Swee yakin bahawa pemain berusia 21 tahun itu sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar, Wan Kuzain akan tiba di Malaysia menjelang akhir minggu ini. Jika dia tidak dapat menyelesaikan dokumen perjalanannya, dia akan tercicir daripada skuad,” tambah Datuk Ong.

Datuk Ong Kim Swee. Foto: Berita Harian.

Sebelum ini, pemain Sporting Kansas City itu menyatakan hasratnya yang mahu menyertai pasukan B-22 negara menghadapi Sukan SEA sempena rehat MLS.

Kuzain merupakan pemegang pasport Malaysia tetapi dilaporkan menghadapi masalah kerana ia telah tamat tempoh dan perlu kembali ke Malaysia segera memperbaharuinya.

Sementara itu, Ong Kim Swee berkata enam pemain dari skuad B-18 negara, termasuk wajah baru, Firdaus Irman Mohd Fadhil (penjaga gol) akan menyertai skuad B-22 pada hari Khamis ini untuk latihan pusat.

Mereka baru sahaja menamatkan kempen pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-19 AFC baru-baru ini. Di mana Malaysia layak secara merit ke Uzbekistan 2020.

Datuk Ong menyatakan, beliau akan memberikan rehat yang secukupnya kepada para pemain.

“Saya memberikan mereka masa yang cukup untuk berehat sebelum mereka menyertai kami pada hari Khamis.”

Skuad B-22 Malaysia akan beraksi perlawanan pemanas badan berhadapan dengan Petaling Jaya FC, sebagai persiapan sebelum aksi sebenar.

Datuk Ong mengingatkan bahawa setiap pemain perlu berjuang untuk mendapatkan tempat mereka di dalam pasukan utama.

“Pemain perlu berjuang untuk mendapatkan tempat mereka di dalam skuad. Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak ada slot automatik, pemilihan adalah berdasarkan prestasi mereka pada perlawanan Jumaat dan latihan,” kata beliau lagi.

Gambar: Football Tribe

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, dan akan memulakan kempen menentang Myanmar pada 25 Nov, Filipina (29 Nov), Timor-Leste (2 Dis) dan Kemboja (4 Disember). Semua perlawanan Harimau Muda adalah bertempat di Stadium Memorial Rizal, Manila.

2 pasukan teratas daripada kumpulan A dan B akan layak ke separuh akhir. Aksi separuh akhirn dijadualkan pada 7 Disember.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN