Jurulatih skuad Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee semalam telah mengumumkan senarai akhir bagi skuad beliau untuk temasya Kuala Lumpur 2017.
4 nama telah pun disingkirkan dari skuad Sukan SEA kendalian beliau dari 26 nama, kini ia telah menjadi 22 nama dan akan bersedia untuk ke sesi latihan pusat dengan jelajah di China.
Di China, skuad Sukan SEA negara akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan antara menentang skuad B-22 tahun China.
Selain itu terdapat juga siri perlawanan persahabatan menentang skuad simpanan Guangzhou R&F dan juga skuad simpanan Guangzhou Evergrande.
4 pemain yang diumumkan tersisih dari skuad Kim Swee ke temasya Kuala Lumpur 2017 adalah Ahmad Syihan (Kelantan), Danial Ashraf (Kelantan), Raphi Azizan (Petaling Jaya Rangers) dan juga Ariff Farhan (Kedah).
Keputusan itu dilakukan jurulatih tersebut selepas para pemain seperti Syihan dan juga Danial mengalami kecederaan baru-baru ini.
Oleh kerana itu, mereka terpaksa disisihkan selepas mereka merasakan pemain itu tidak mampu pulih sebelum temasya dwitahunan itu bermula.
Hasil daripada penyingkiran 4 pemain itu, berikut adalah senarai akhir 22 pemain skuad Sukan SEA negara:
- Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah)
- Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
- Syafiq Ahmad (Kedah)
- S. Kumaarhan (Pulau Pinang)
- Jafri Chew (Pulau Pinang)
- Syamer Kutty Laba (Pulau Pinang)
- Syahmi Safari (Selangor)
- Adam Nor Azlin (Selangor)
- K. Kannan (Selangor)
- Ali Imran Alimi (FELDA United)
- Danial Amer (FELDA United)
- Azriddin Rosli (FELDA United)
- Safawi Rasid (JDT)
- Haziq Nadzli (JDT)
- Shamie Iszuan (Sarawak)
- Tommy Mawat (Sarawak)
- N. Thanabalan (Felcra FC)
- Adib Zainuddin (Felcra FC)
- Ahmad Khairil Anuar (Perak)
- Syazwan Andik (JDT II)
- Syazwan Bahari (PKNP FC)
- Amierul Hakimi (Terengganu)