Ong Kim Swee: Saya Tidak Kesal Sama Sekali, Terima Kasih FAM

DATUK ONG KIM SWEE

Pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menerima keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak akan memperbaharui kontraknya, yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Pengendali berusia 48 tahun itu telah ditemui media sejurus tiba daripada Manila dan memaklumkan FAM melalui Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam telah menghubunginya.

“Ini adalah keputusan pihak pengurusan dan saya harus hormatinya. Saya ucapkan terima kasih kepada FAM. Buat masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai masa depan saya.

“Saya terlebih dahulu akan memberikan tumpuan kepada kursus kejurulatihan pro saya akan datang. Pada masa yang sama saya mahu menghabiskan masa bersama keluarga sebelum memikirkan langkah seterusnya,” ujar Kim Swee mengeanai masa depannya.

Untuk rekod, Kim Swee telah terlibat dalam lima temasya Sukan SEA dan ini adalah kali kedua beliau gagal membawa pasukan mara ke separuh akhir selepas edisi 2015 di Singapura.

Skuad kendaliannya pernah memenangi pingat emas pada edisi 2011 serta finalis pada edisi 2017, tewas 0-1 kepada Thailand.

Prestasi terbaik Harimau Muda di bawah kendaliannya adalah layak hingga ke pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2018 sebelum tewas 0-1 kepada Jepun, serta mara ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC B-23 2018 sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.

“Setiap jurulatih yang terbabit dengan bola sepak adalah untuk mencapai keputusan. Usaha kita hanya akan ditentukan dengan keputusan,” ujarnya yang dipetik berkata kepada Berita Harian sambil menegaskan rekod lampau bukan ukuran.

“Ia tidak kira keputusan sebelum ini. Jika saya mahu membawa pasukan menjuarai Piala Dunia sekalipun tetapi semalam saya kalah dengan Kemboja, perkara sama akan berlaku.

“Saya tidak kesal sama sekali,” tambahnya lagi serta berterima kasih kepada FAM atas pendedahan yang didapatinya selama ini.

“Saya harus berterima kasih kepada FAM yang mana saya bermula dengan peringkat umur begitu muda termasuklah dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil sehingga saya menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan dan kembali semula kepada bawah 23 tahun.

“Pengalaman yang saya lalui amat banyak dan pendedahan yang saya dapat daripada FAM mungkin tidak akan dapat kepada jurulatih lain,” jelasnya yang ketika ini telah dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya pasukan Liga Super, UiTM FC.

Kredit Featured Image: Bernama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN