Ong Kim Swee Panggil Ramai Muka Baharu Hadapi Kelayakan AFC B-23

Semalam ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai 25 pemain yang telah dipanggil untuk menghadiri kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 9 Januari 2019.

Ia sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan AFF B-22 di Kemboja bulan Februari depan dan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 26 Mac 2019 nanti di Kuala Lumpur.

Senarai 25 pemain yang dipilih menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara. FOTO: FAM

Daripada 25 pemain tersebut, hanya 4 orang daripada skuad ini mewakili negara di Kejohanan AFC B-23 di China tahun lepas dan kebanyakan pemain lain adalah muka baharu tanpa beberapa tonggak utama seperti Safawai Rasid, Akhyar Rashid, Syahmi Safari, Dominic Tan Jin Jun dan Syamer Kutty Alba.

Mengulas mengenai pemilihan 25 pemain tersebut, Kim Swee menjelaskan ketiadaan beberapa tonggak utama tersebut adalah kerana beliau mahu menguji beberapa kombinasi muka baharu terutamanya di bahagian pertahanan.

Mathew Davies, Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria tidak dapat mewakili skuad itu kali ini kerana faktor umur yang sudah melebihi usia 23 tahun.

“Saya sedang meneliti pemain pertahanan kerana selepas ketiadaan Adam (Nor Azlin) dan Irfan (Zakaria), kami hanya memiliki Dominic (Tan) dan untuk mengharungi 10 perlawanan dalam lima bulan boleh memberi tekanan dan saya juga mahu mempunyai lebih pilihan sekiranya berlaku kecederaan,” kata Kim Swee.

“Panggilan kali ini adalah untuk menguji pemain baharu dan mendapatkan kombinasi pertahanan yang baik. Bagi pemain yang sudah dikenali, tidak perlu memanggil mereka sekarang kerana saya sudah tahu apa yang mereka boleh lakukan.

“Kita juga masih berada dalam tempoh pramusim (Liga Malaysia) jadi lebih baik untuk memanggil mereka sekitar Mac depan.” jelasnya dalam Berita Harian.

Sesi latihan pusat skuad Malaysia B23 di Wisma FAM.

Selain kelayakan Kejohanan B-23 Asia 2020 yang juga menjadi tiket kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Kim Swee turut perlu menyediakan pasukan bagi menghadapi Sukan SEA di Filipina, November depan.

Mereka akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada 13 Januari 2019 untuk kem latihan pusat dan menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana selama enam hari sebelum pulang ke tanah air pada 19 Januari 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN