Ong Kim Swee Panggil Baddrol Bakhtiar Dan Wong Tse Yang Perkuatkan Skuad Malaysia B-23

Seramai 27 pemain telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke kem latihan pusat selama seminggu bermula 1 Julai ini bagi persiapan awal menjelang Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 10 pemain merupakan anggota skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu iaitu penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syamer Kutty Abba, Adib Zainudin, Kogileswaran Raj, Syahmi Safari, Jafri Firdaus Chew, Danial Amier Norhisham, Syazwan Zaipol Bahari dan Tommy Mawat Bada.

13 pemain lagi tidak dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini atas beberapa faktor dengan enam pemain telah disenaraikan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Fiji pada 5 Julai 2018 iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Adam Nor Azlin dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim) serta Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur).

Empat lagi pemain iaitu Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta’zim II) dan Shivan Pillay Asokan (PKNS FC) pula bersama skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak untuk menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Surabaya bermula 3 Julai ini.

Sementara tiga lagi pemain yang tidak dipanggil ialah dua tonggak utama Pahang, Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih, serta bekas penjaga gol Kelantan dan Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang mana penjaga gol itu kini sedang menjalani penggantungan selama 20 bulan oleh AFC selepas gagal ujian doping di China, Januari lalu.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B23 dalam Kejohanan AFC B-23. FOTO: FAM

Seramai 17 pemain baharu telah dipanggil untuk diuji kemampuan mereka iaitu empat pemain dari Kelantan, Nik Azli Nik Alias, Danial Haqim Draman, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Afiq Saluddin.

Turut tersenarai, Wong Tse Yang, penjaga gol yang sebelum ini beraksi bersama kelab Hong Kong, BC Rangers serta ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, 30, yang menjadi calon awal untuk mengisi salah satu daripada slot tiga kuota pemain senior lebih umur 23 tahun ke Sukan Asia 2018 nanti.

Wong Tse Yang FOTO: Berita Harian.

Namun mana-mana pemain tersenarai di atas (dari Pahang, Selangor dan PKNS FC) yang terlibat dalam saingan Piala FA 2018  akan dikecualikan daripada melapor diri ke kem skuad kebangsaan.

Menurut FAM, sepanjang seminggu kem latihan pusat itu nanti, skuad B-23 kebangsaan turut dijadual mengadakan satu perlawanan persahabatan iaitu bertemu Felda United kendalian B Sathiananthan di Padang Wisma FAM pada Jumaat, 6 Julai 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN