Ong Kim Swee Nafi Skuad Malaysia B-23 Tarik Diri Daripada Sukan Asia

Baru-baru ini media tempatan melaporkan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) kemungkinan akan tarik diri daripada bertanding dalam acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia berikutan keengganan beberapa pasukan Liga Malaysia melepaskan pemain mereka.

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee menegaskan beliau tidak pernah memikirkan untuk menarik diri dan menjelaskan kenyataannya disalah ertikan oleh pihak media.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa skuad muda negara mahu tarik diri daripada Sukan Asia 2018 dan sebaliknya saya menjelaskan peraturan sebenar tentang senarai pemain minimum ke kejohanan tersebut.

“Saya menjawab soalan daripada media mengenai kesan menepati membawa 18 pemain minimum ke Sukan Asia 2018 dan bukan intipati agenda untuk tarik diri daripada kejohanan itu,” katanya kepada Berita Harian..

Sesi latihan pusat skuad Malaysia B23 di Wisma FAM bulan lalu. FOTO: FAM

Difahamkan peraturan pertandingan menetapkan mereka perlu membawa sekurang-kurangnya 18 pemain untuk beraksi dan jika mereka terus berdepan dengan masalah kekurangan pemain, situasi itu akan memaksa mereka untuk menarik diri.

“Sudah tentu kita mahu bermain di Sukan Asia kerana kita tahu kejohanan ini memberikan platform kepada kita untuk bermain dengan pasukan-pasukan bagus seperti contoh Korea Selatan, Arab Saudi dan sebagainya.

“Kesimpulannya pasukan bawah 23 tahun tidak pernah merancang untuk menarik diri daripada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2018 dan kami cukup memandang serius dalam hal ini.

“Apa yang mustahak, saya akan mengikuti perancangan pihak pengurusan yang menentukan persiapan kami ke Sukan Asia 2018 dan saya sebagai ketua jurulatih akan bertindak seperti yang diarahkan,” katanya.

Sementara itu, bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Datuk Santokh Singh menyifatkan tindakan menarik diri itu tidak wajar dilakukan dan berpendapat masih ada cara lain untuk memastikan pasukan muda negara bertanding di kejohanan itu.

“Jika kita tidak dapat menghimpunkan sebilangan besar pemain dalam pasukan utama, mungkin ada cara lain seperti memanggil pemain yang lebih muda untuk mewakili skuad B-23.

“Tidak perlu untuk menarik diri kerana masalah kekurangan pemain kerana dengan kemasukan pemain baharu, sudah tentu ini akan membantu melengkapkan pasukan.

“Biarpun pasukan yang dibentuk itu kurang mantap, sekurang-kurangnya kita tetap boleh menghantar pasukan untuk bersaing sekali gus memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Sesi latihan skuad B-23 ketika menyertai kejohanan AFC B-23 di China. Foto: Facebook FAM.

Pada masa sama, beliau juga mengharapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bekerjasama dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya dapat menunda tarikh perlawanan Piala Malaysia.

“Masalah ini berlaku kerana pertembungan jadual. Sekiranya jadual dapat diubah, mungkin ini akan membantu pasukan dapat melepaskan pemain.

“Apapun, setiap pasukan harus ingat bahawa panggilan menyertai skuad kebangsaan adalah lebih mustahak dan sepatutnya menjadi keutamaan,” katanya,

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN