Ong Kim Swee Masih Belum Berpuas Hati Dengan Prestasi Skuad Malaysia B-22

Setelah diuji menentang tiga kelab dari divisyen 2 Liga Thailand di Bangkok, ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee masih tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa pemain walaupun skuad ini menunjukkan sedikit peningkatan.

Beliau berkata demikian dalam Berita Harian sambil mengharapkan dapat menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi kejohanan AFF B-22 di Kemboja bulan depan dan Kelayakan AFC B-23 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac ini.

“Memang saya harap semua pemain (terbaik) dapat ke pertandingan AFF. Ia begitu penting kerana dua minggu selepas pertandingan itu, kita akan beraksi di pertandingan AFC.

“Tetapi, saya juga harus fikir mengenai mereka yang terbabit dengan liga termasuk pemain JDT yang akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia.

“Jadi saya kena buat pertimbangan sewajarnya sebelum memutuskan siapa yang akan dipanggil,” katanya kepada pihak media sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Barisan pemain dan pegawai pasukan yang dibawa ke Bangkok. FOTO: FAM

Di Bangkok, skuad Malaysia B-22 gagal mencatat sebarang kemenangan apabila tewas 0-2 kepada BH Pathum United dan Army United (1-3) serta Ayutthaya United dengan jaringan 5-7.

Tinggal sebulan lagi sebelum kejohanan sebenar bermula

Mengulas prestasi pemainnya di Bangkok, Kim Swee menjelaskan beliau hanya ada tempoh selama sebulan untuk memperbaiki segala kelemahan dalam pasukannya sebelum Kejohanan AFF B-22 membuka tirainya pada 17 Februari ini.

“Kalau ikutkan statistik, boleh katakan hanya separuh daripada mereka yang ke Bangkok mencapai prestasi memuaskan.

“Secara keseluruhan, walaupun ada peningkatan tetapi saya tetap tidak berpuas hati kerana pemain mempamerkan aksi tidak konsisten.

“Sebab itu Kejuaraan AF begitu penting untuk saya mengumpulkan barisan terbaik untuk menilai kekuatan sebenar pasukan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN