Datuk Ong Kim Swee: “Malaysia Boleh Tewaskan Mana-Mana Pasukan Di Piala AFF”

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee (OKS) menyifatkan skuad negara mempunyai peluang yang cerah untuk menjuarai Piala AFF jika pasukan negara menggunakan pendekatan taktikal yang betul dalam semua perlawanan yang dihadapi.

Dengan menolak tepi faktor nasib sebagai pemain utama perjalanan satu-satu pasukan, Datuk OKS menyifatkan pasukan paling konsisten di dalam kejohanan ini pasti mempunyai terbesar untuk menjuarai kejohanan ini.

ongkimswee

Berpeluang mengulangi kejayaan 2010

Dalam satu temuramah bersama laman Youtube AFF Suzuki, Datuk OKS menyifatkan pasukan negara mampu mencipta peluang besar untuk mengulangi kejayaan yang dicipta pada kejohanan edisi 2010.

Baginya, semangat kekitaan sesama para pemain mampu memberikan perbezaan antara pasukan negara dengan pesaing-pesaing lain dalam Piala AFF Suzuki.

“Saya sentiasa percaya kepada semangat kekitaan dalam kalangan pemain negara. Jika mereka bermain demi pasukan dan berjuang demi pasukan, saya yakin itu akan membuatkan pasukan negara sebagai pasukan yang lebih baik.”

Bagi Datuk OKS, pasukan negara kini setaraf dengan semua pasukan di dalam Piala AFF Suzuki kali ini dari segi teknikal. Apa yang akan membezakan pasukan Malaysia dengan pasukan lain adalah ketika hari perlawanan.

“Jika kita berjaya mendapatkan prestasi yang terbaik dari kesemua pemain, kita mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan.”

“Dengan pendekatan taktikal yang tepat dan sentiasa fokus ketika perlawanan. Malaysia boleh tewaskan mana-mana pasukan!”

Selain itu, Datuk OKS juga menyifatkan persiapan rapi juga memainkan peranan besar untuk pasukan negara di kejohanan dwitahunan itu.

“Saya amat mempercayai persiapan rapi akan memberikan kesan yang besar. Jika kita melakukan persiapan yang rapi lagi kemas, tidak mustahil kejayaan 2010 mampu diulangi.”

kesebelasan-malaysia-1

Myanmar calon utama, Thailand satu langkah ke depan

Malaysia akan beraksi dalam kumpulan B bersama-sama pasukan Vietnam, Kemboja dan tuan rumah Myanmar.

Ditanya mengenai peluang pasukan negara, Datuk OKS mensasarkan pasukan negara tidak mempunyai masalah untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

Namun begitu, beliau menyifatkan pasukan tuan rumah Myanmar mempunyai peluang cerah untuk mara jauh dalam kejohanan ini.

“Saya rasa Myanmar mempunyai peluang besar dalam kejohanan ini. Hal ini kerana mereka menjadi tuan rumah jadi mereka pastinya bersemangat untuk beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri.”

Selain itu, Datuk OKS juga secara terbuka mengakui Thailand kini berada di satu tahap yang lebih tinggi berbanding pasukan-pasukan lain di Asia Tenggara.

“Semua pasukan di Asia Tenggara ini pada saya sama tarafnya kecuali Thailand. Jelas sekali mereka kini di kelas mereka yang tersendiri, mereka sudah jauh meninggalkan pasukan-pasukan lain di Asia Tenggara.”

Bercakap mengenai persaraan 4 pemain negara iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal. Datuk OKS mendedahkan kekosongan yang ditinggalkan oleh 4 pemain tersebut boleh diisi oleh pemain seperti Baddrol Bakthiar dan Khairul Fahmi Che Mat.

timor-lestes-junior-aparecido

Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2016 di Myanmar menentang Kemboja pada Ahad, 20 November 2016.

Baki 2 lagi perlawanan kumpulan B melibatkan pasukan negara adalah menentang Vietnam pada Rabu 23 November dan menentang Myanmar pada Sabtu, 26 November.

Baca juga: Lagenda V. Saravanan ‘The Flying Silverman’, Penyerang Sayap Sensasi Yang Digeruni

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN