Ong Kim Swee Mahu Manfaatkan Ilmu Dari Sepanyol Untuk Skuad Kebangsaan

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan telah menghantar Ketua jurulatih skuad Bawah 23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dan penolongnya, Brad Maloney ke Sepanyol untuk menimba ilmu kejurulatihan bersama kelab Atletico Madrid dan juga pasukan kebangsaan Sepanyol selama sebulan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin melalui laman facebook rasmi FAM.

Menurut Hamidin, pemergian kedua-dua jurulatih ini ke Sepanyol adalah hasil usaha dan inisiatif daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bagi meningkatkan lagi kualiti kejurulatihan mereka.

Ia juga merupakan perancangan untuk memberikan impak positif buat skuad muda negara menjelang kejohanan Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos depan.

Mengulas mengenai pemergian ke Sepanyol, Ong Kim Swee bukan sahaja hanya memberi fokus kepada skuad utama Atletico Madrid, sebaliknya mahu ‘mengkaji’ struktur pembangunan akademi dan skuad belia kelab Sepanyol itu.

“Sejurus tiba di sana kami akan bersama Atletico Madrid terlebih dulu dan pada pertengahan Mac, kami juga berpeluang untuk melihat sendiri skuad kebangsaan Sepanyol bagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa.

“Malah, kehadiran Brad bersama saya juga bakal memudahkan lagi tugas di sini (Sepanyol) kerana banyak perkara yang akan dilakukan bagi mencapai objektif FAM dan presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Ketika ke Queens Park Rangers (QPR) tahun lalu pun saya bersama Brad dan saya fikir kali ini juga kami boleh membahagikan tugas dengan lebih baik terutama apabila ada sesi yang mungkin serentak,” katanya kepada Berita Harian.

Kim Swee turut berkata beliau telah serahkan tugas memantau perkembangan pemain muda di Malaysia kepada tiga lagi pembantunya, Khan Hung Meng, Chris Yong dan Reuben Jude.

“Kami sudah mula memantau skuad Piala Presiden minggu lalu dan ia akan diteruskan oleh Hung Meng, Chris dan Reuben. Mereka akan memantau dan memanggil pemain pada 18 Mac di mana penilaian peringkat pertama membabitkan pemain B-21.

“Saya akan pulang ke tanah air pada 25 Mac ini dan selepas itu akan mengadakan sesi bersama barisan pemain sebelum aksi persahabatan pada 27 Mac,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN