Ong Kim Swee Mahu 26 Pemain Yang Terpilih Pamerkan Aksi Terbaik

Datuk Ong Kim Swee

Semalam, FAM telah umumkan senarai 26 pemain skuad Malaysia Bawah 23 Tahun ke latihan pusat fasa kedua di Mokpo, Korea Selatan sebagai persiapan menghadapi kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China.

Selepas menyingkirkan tiga pemain ke latihan pusat di Korea Selatan, pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memberi amaran tiada pemain yang dijanjikan slot automatik ke Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, bulan hadapan.

Justeru, Kim Swee mahukan semua 26 pemain yang dipilih sentiasa bersedia pada sesi latihan selama dua minggu di Mokpo yang akan menyaksikan mereka mengharungi tiga aksi persahabatan.

Bercakap kepada berita harian, Kim Swee akan memilih senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke Jiangsu, China yang menyaksikan mereka akan berdepan Iraq, Jordan serta Arab Saudi dalam aksi Kumpulan C Kejuaraan B-23 AFC 2018 itu.

“Pemain perlu menunjukkan mereka sudah mencapai piawaian yang diperlukan untuk beraksi di peringkat AFC,” kata Kim Swee.

“Mereka perlu bersedia berdepan aksi peringkat antarabangsa walaupun kita tidak mengharungi sebarang perlawanan antarabangsa di Korea Selatan nanti. Namun, aksi yang bakal kita harungi sama bagus seperti aksi antarabangsa.”

Kesebelasan utama skuad Malaysia B23 ketika aksi persahabatan menentang Melaka United. Foto: FAM

Skuad B-23 akan bertolak ke Mokpo, awal pagi Ahad ini dan tiga pasukan bakal menanti mereka iaitu Mokpo City pada Rabu, Jeonju University (22 Disember) dan Jeonju Citizen (28 Disember).

Satu lagi aksi persahabatan akan dilangsungkan di Nanjing, China pada 5 Januari ini.

Selepas terikat tanpa jaringan menentang Melaka United di Stadium Shah Alam semalam, Kim Swee membuat keputusan menggugurkan penjaga gol, Amierul Hakimi Awang serta penyerang, Sean Eugene Selvaraj dan pemain tengah, Daniel Ashraf Abdullah.

“Saya memiliki pemain tengah dan penyerang yang agak ramai, jadi kemungkinan saya akan menggugurkan seorang pertahanan, seorang pemain tengah dan seorang penyerang selepas ini.

“Masih banyak lagi kelemahan yang perlu kami perbaiki. Perlawanan persahabatan akan membantu saya memperbaikinya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN