FAM Bakal Hantar Ong Kim Swee Ke Sepanyol, Timba Ilmu Bersama Atletico Madrid

Pengendali skuad B-23 negara iaitu Datuk Ong Kim Swee bakal dihantar oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke Sepanyol untuk mendapatkan lebih pengalaman di sana.

Jika sebelum ini Kim Swee menimba ilmu di England bersama Queens Park Rangers, kali ini beliau berpeluang untuk menajamkan lagi ilmu kejurulatihan beliau di Sepanyol.

Menurut akhbar Berita Harian, Kim Swee bakal dihantar oleh pihak FAM untuk menimba pengalaman selama sebulan bersama kelab utama La Liga iaitu Atletico Madrid.

Beliau nyata teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak FAM, bagi Kim Swee ia merupakan satu peluang terbaik untuk meningkatkan pengetahuan beliau mengenai bola sepak moden.

“Jelas sekali, saya amat gembira dengan keputusan FAM untuk menghantar saya ke Atletico Madrid. Saya percaya dengan perginya saya ke sana dapat meningkatkan lagi kebolehan saya sebagai jurulatih.”

Mengikut perancangan, Kim Swee bakal ke Sepanyol bersama-sama dengan pembantunya iaitu Brad Maloney.

Beliau juga memberi bayangan akan ke sana sebaik tugasan beliau untuk aksi kejohanan B-23 AFC di China.

“Saya punya masa yang singkat kerana ketika ini saya perlu siapkan pasukan untuk ke China. Jika selepas kejohanan, saya boleh untuk ke Sepanyol.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN