Ong Kim Swee Harap FAM Anjurkan Semula Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kejohanan ini telah bermula sejak tahun 1957 dan merupakan kejohanan bola sepak jemputan yang tertua di Asia.

Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka.

Selepas tahun 1980-an, ianya kekurangan minat kerana banyak negara Asia lebih memberi tumpuan kepada fasa kelayakan dalam Piala Asia.

Malaysia berentap dengan Myanmar pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Mengulas mengenai penganjuran Pestabola Merdeka, pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee sangat bersetuju jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berminat untuk menganjurkan semula.

“Jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menganjurkan semula, sudah tentu mereka perlu lihat sama ada ia sesuai kepada skuad B-23 atau pasukan senior.

“Sudah tentu saya menyokong jika Pestabola Merdeka dianjurkan semula di mana ia satu piala yang berprestij dan unik terutama di Asia.

“Malah, jika kita pergi ke Jepun dan Korea Selatan, mereka masih lagi bercakap mengenai Pestabola Merdeka kerana kejohanan itu yang mereka tahu mengenai Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.

Sepanjang penganjurannya, Malaysia muncul pasukan terbanyak merangkul trofi berkenaan dengan 12 kali termasuk dua daripadanya disumbangkan oleh skuad B-23.

Skuad bawah 23 tahun negara menjuarai Pestabola Merdeka di Kuantan pada tahun 2013. FOTO: Mohd Shah

Kejohanan itu mula dibuka untuk skuad B-23 pada 2007 yang menyaksikan Malaysia muncul juara terakhir pada 2013 selepas menundukkan Myanmar 2-0 di pentas final.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN