Ong Kim Swee Akui Tertarik Dengan Aksi Luqman Hakim

Pengendali skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui beliau tertarik dengan pemain B-18 Malaysia iaitu Luqman Hakim.

Datuk Ong Kim Swee kini dalam proses saringan dan tapisan untuk pemain-pemain yang akan dibawa ke dalam skuad Sukan SEA Filipina pada November nanti.

Luqman Hakim cemerlang dalam membantu Malaysia menamatkan saingan Piala AFF B-18 sebagai naib juara.

Menurut Ong Kim Swee, beliau sudah memantau prestasi pemain tersebut dan mendapati Luqman Hakim memiliki kualiti penyudah yang sangat baik.

Walaubgaimanapun, Ong Kim Swee turut mempertimbangkan bebrapa nama lain untuk dibawa masuk ke dalam pasukan yang akan beraksi dalam Sukan SEA 2019.

Dipetik daripada sumber Utusan Malaysia, Ong Kim Swee berkata: “Kita masih ada 2 bulan lagi bagi menilai prestasi pemain. Saya mahu melihat pemain-pemain yang konsisten dan memiliki minit perlawanan.”

“Anda semua tahu, Luqman memiliki penyudah yang cukup baik dan bermain dengan cemerlang pada Piala AFF di Vietnam.”

Gambar: Football Tribe

“Namun, bukan beliau seorang sahaja yang bersaing untuk tempat ke Sukan SEA, ada beberapa lagi pemain yang saya lihat berpotensi besar.”

“Mereka masih ada satu lagi kejohanan AFC B-19 pada November nanti, dan saya mahu lihat perkembangan prestasi pemain dalam skuad itu.”

Ong Kim Swee sekali lagi mengetuai misi mengakhiri penantian emas Sukan SEA dalam acara bola sepak – yang kali terahir dimenangi pada 2011.

Dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia sekadar meraih perak selepas tewas di tangan Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN