Ketika nama kelab Omonia Nicosia diumumkan berada dalam satu kumpulan dengan Manchester United untuk saingan Liga Europa (UEL), tentunya banyak pihak yang mengerut kening dan tertanya-tanya “kelab apakah ini?”
Tetapi tempoh hari kelab ‘kerdil’ ternyata berada pada kelas tersendiri apabila hampir mengejutkan kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan apabila mendahului 1-0 pada babak pertama sebelum akur dengan kekalahan 3-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Neo GSP.
Di sebalik itu, pasukan ini sebenarnya mempunyai sejarah panjang yang agak menarik. Sebuah kelab yang lahir dari pertentangan kelas sosial pasca perang dunia ke-2.
Rebutan kuasa besar
Kelab ini berpangkalan di Nicosia, iaitu ibu negara Cyprus, sebuah negara yang terletak agak terasing dari peta Eropah di Laut Mediterrnean. Negara kepulauan ini terletak di selatan semenanjung Antolia Turkey dan barat Syria.
Eastern Mediterranean map. Not official. Note: so-called “TRNC” is not recognised. Republic of #Cyprus as a subject of international law is all the territory of #Cyprus including the northern occupied part, except the 2 British bases. #EastMed #Turkey #Libya #EEZ #Greece #Egypt pic.twitter.com/zU6aasoXVI
— Euripides L Evriviades 🇨🇾🇪🇺 (@eevriviades) December 11, 2019
Ketamadunan Cyprus telah pun bermula sejak tahun 950 sebelum masihi, iaitu era Cypro-Geometrik I. Selaku negara yang mempunyai kedudukan geografi yang strategik, ia telah dikuasai oleh beberapa kuasa besar dalam sejarah dunia.
Nama ‘Cyprus’ itu sendiri merujuk kepada perkataan ‘cyprium’ yang bermaksud kuprum, iaitu istilah kepada tembaga memandangkan banyak bahan galian dijumpai di kepualauan ini.
Antara empayar yang pernah menguasai wilayah ini adalah Assyria, Mesir, Parsi, Rom, dinasti Lusignan Perancis dan Venetia sebelum ditakluk oleh empayar Uthmaniah selama lebih tiga abad di antara 1571 hingga 1878.
Ia kemudian diletakkan secara ‘de jure’ di bawah pentadbiran United Kingdom (UK) berdasarkan perjanjian rahsia yang dimeterai dalam Konvensyen Cyprus pada 1878 sebelum secara rasmi diletakkan selaku negara jajahan negara Eropah berkenaan pada 1914.
Ethnic map of Cyprus, 1960 vs 1999 pic.twitter.com/CO1loJOyZ3
— Xavi Ruiz (@xruiztru) July 30, 2022
Pertembungan ideologi
Penbuhan kelab ini berlaku dengan asbab krisis melibatkan pasukan tertua dalam sejarah Cyprus, Athletikos Podosferikos Omilos Ellinon Lefkosias (APOEL) atau dalam bahasa Melayunya Kelab Bola Sepak Atletik Yunani Nicosia.
Tahun 1948 merupakan kemuncak kepada era revolusi di seluruh dunia. Golongan buruh, petani dan masyarakat kelas bawahan di negara tersebut melahirkan penenangan terhadap kolonial British.
Lembaga pengurusan APOEL telah menerbitkan kandungan telegram kepada Persatuan Olahraga Amatur Hellenic yang menyentuh tentang usaha menamatkan “pemberontakan komunis”.
Pemain-pemain kelab yang ‘berhaluan kiri’ menyifatkan ia sebagai komen sensitif mengenai Perang Saudara Greece, lalu mengkritik tindakan tersebut yang dianggap sebagai ‘penjilat regim fasis” dan dianggap sebagai penghinaan terhadap golongan buruh dan marhaen.
Tindakan tersebut juga secara jelas melanggar etika bagi entiti sukan yang tidak sepatutnya terlibat dengan politik. Tetapi bantahan tersebut telah dibalas oleh pihak pengurusan dengan mesej berikut:
“Keluar dari stadium kami, bina stadium anda sendiri dan daftarlah dengan Persekutuan Bola Sepak Rusia. Hanya atlet dengan pemikiran Greece sahaja yang dibenarkan bersama kami, bukannya penyokong Komunis yang menyanyikan lagu pengkhianat!”
Pemain-pemain yang berpegang teguh dengan prinsip ini akhirnya telah meninggalkan APOEL.
Maka pada Jun 1948, Dr. Mattheos Papapetrou menganjurkan satu mesyuarat di Nicosia yang membawa kepada penubuhan kelab Omonia dan majoriti anggota pasukan terdiri daripada pemain-pemain yang disingkirkan dari APOEL.
Dengan kerjasana kelab-kelab ‘haluan kiri’ lain seperti Nea Salamina, Alki Larnaca dan Orfeas Nicosia, maka terbentuklah Persekutuan Bola Sepak Amatur Cyprus (CAFF) pada Disember 1948 yang bermatlamat untuk menentang elemen fasis dalam bola sepak dan masyarakat.
Simbol perjuangan rakyat
Omonia bersaing di Liga CAFF selama lima tahun sehingga 1953 dengan memenangi empat daripada lima gelaran liga dan menguasai kesemua lima piala kejuaran.
Mereka kemudian diterima oleh Persatuan Bola Sepak Cyprus (CFA) untuk menyertai Liga Divisyen 1 Cypriot yang menandakan bermulanya pertembungan ideologi dalam bola sepak negara tersebut.
Tahun demi tahun berlalu, Omonia tidak menunggu lama untuk muncul sebagai salah satu pasukan pesaing utama di Cyprus meskipun berdepan dengan kebencian dan ketegangan politik sehingga digelar sebagai “pasukan komunis”.
Sepanjang era 60-an dan 70-an, Omonia terus menjadi tempat berkumpulnya para buruh dan golongan tertindas dari lapisan bawah masyarakat.
Penyokong yang hadir menonton perlawanan di stadium akan membawa bendera dengan simbol gerakan kiri seperti tukul dan sabit, memegang gambar tokoh revolusi Che Guevara sambil melaungkan slogan serta lagu tema perjuangan kiri.
Nama dan lambang kelab ini juga bukanlah dipilih berdasarkan identiti yang jelas. Omonia adalah perkataan Greek yang merujuk kepada kesatuan dan solidariti dalam masyarakat. Warna hijau dan imej daun Shamrock itu memberi maksud harapan dan putih pula adalah warna keharmonian.
Dominasi dan legasi
Gelaran pertamanya adalah pada 1961 apabila menjuarai liga dengan kelebihan tujuh mata mengatasi Famagusta.
Bagaimanapun dominasi kelab ini di pentas bola sepak Cyprus hanya bermula pada 1972 pabila mereka memenangan kejuaraan berganda dan kemudian mencatat kejuaraan liga enam kali berturut-turut.
Rekod tersebut hanya berjaya dipecahkan selepas 33 tahun di mana musuh tradisi mereka APOEL yang mencatat 7 kejuaraan berturut-turut dari 2013 hinga 2019.
Maka era 70-an boleh dikatakan menjadi dekad terbaik Omonoia dan turut melahirkan legenda bola sepak Cyprus sepanjang zaman Sotiris Kaiafas yang pernah memenangi anugerah kasut emas European Cup pada tahun 1976 dengan mencetak 39 gol.
#Cyprus and #ACOmonia legend #SotirisKaiafas, European Golden Shoe 1976, and Cypriot league topscorer eight times. pic.twitter.com/ASLXVz0ALM
— OldFootballPhotos (@OldFootball11) August 24, 2016
Cypriot First Division
Sotiris Kaiafas 🇨🇾
👕 3⃣8⃣8⃣
⚽️ 2⃣6⃣1⃣
8⃣x Top Scorers League #CypriotFirstDivision pic.twitter.com/gz0SqpY5az— Yanek Stats (@yanekstats) February 1, 2022
Pada tahun 1979, kelab dari negara ‘kerdil’ ini pernah membuat kejutan apabila merekodkan kemenangan terbesar ke atas Ajax Amsterdam dalam aksi kejohanan Eropah selepas menundukkan jaguh Belanda itu 4-0 dengan dengan Kaiafas selaku tonggak utama di samping seorang lagi penyerang Spas Tsevizof.
Dengan 21 gelaran liga, 15 Piala Cypriot dan 17 Piala Super Cyrpiot, kelab ini memegang rekod pemenang trofi terbanyak dalam sejarah bola sepak Cyprus.