Ollerenshaw Pelik Sikap “Bangga Lebih” Feichtenbeiner Selepas Selangor II Ikat JDT II

Bekas penyerang import dan legenda Sabah, Scott Ollerenshaw meluahkan rasa pelik beliau akan sikap pengendali Selangor II, Michael Feichtenbeiner selepas anak buahnya berjaya mengikat skuad JDT II yang jauh lebih berpengalaman.

Dalam perlawanan sengit Liga Premier pada malam tadi, Selangor II yang berkunjung ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos berjaya membawa pulang satu mata dari tempat lawan.

Melalui sidang media selepas perlawanan, Michael Feichtenbeiner menganggap keputusan seri itu amat adil buat kedua-dua pasukan. Malah beliau bangga barisan mudanya mampu mencemaskan bahagian pertahanan lawan dalam perlawanan tersebut.

Mengakui terkejut dengan barisan berpengalaman yang diturunkan JDT II, Feichtenbeiner dipetik sebagai berkata:

“Bila saya lihat senarai pemain JDT II, mereka turunkan pemain yang taraf Liga Super dan bukannya pemain taraf Liga Perdana. Rata-rata pemain mereka memiliki pengalaman berbanding saya yang semuanya di bawah 22 tahun

“Ia satu cabaran besar buat pemain muda saya dan mereka bagaikan tidak hirau kesebelasan pemain JDT II apabila berjaya memberi saingan sehingga sukar buat pemain lawan memenangi perlawanan itu selepas pemain muda SFC II beraksi cemerlang.

“Apa yang saya rumuskan, pemain muda SFC II meraih pengalaman bermakna dalam perlawanan itu tatkala pemain yang disenaraikan adalah bekas pemain Akademi Bola sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan mereka tidak gugup malah kerap menghadirkan cemas terhadap benteng JDT II,” katanya.

Antara pemain senior yang berada di dalam skuad kesebelasan JDT II dalam perlawanan tersebut ialah Syazwan Andik, Daniel Amier, Fadhli Shas, Hazwan Bakri, Syafiq Ahmad, Gary Steven Robbat, dan Izham Tarmizi.

Bagi Ollerenshaw tidak ada apa yang perlu dibanggakan oleh Feichtenbeiner hanya kerana Selangor II berjaya mengikat JDT II yang dibarisi ramai oemain senior.

“Ini adalah tanda rasa tidak selamat di pihak beliau sendiri kerana beliau mengendalikan sebuah pasukan pembangunan, tatkala menyediakan pemain untuk skuad utama adalah perkara lebih penting dari menang atau seri,” kata Ollerenshaw melalui muat naik di Facebook peribadi beliau.

“Pemain JDT yang diturunkan adalah untu mendapatkan kecergasan dan bersedia untuk dipanggil ke skuad utama bila diperlukan. Keputusan adalah perkara kedua untuk pasukan seperti JDT II, walaupun pada ketika keputusan diperolehi dari pasukan JDT II.

“Beberapa pemain senior ini juga beraksi untuk skuad kebangsaan, dan untuk mereka mendapatkan tahap kecergasan bermakna ianya bagus untuk pasukan negara. Mereka mungkin mendapat minit perlawanan lebih banyak jika bersama pasukan Liga Super yang lain, tetapi di JDT mereka memiliki tahap (standard) yan lebih tinggi.

“Berada di dalam skuad JDT dan berebut tempat untuk beraksi dengan kemudahan terbaik yang ada di Asia akan menjadikan mereka pemain yang lebih baik. Tiada pemain yang akan berada di zon selesa di dalam kelab sebesar JDT…satu permainan yang buruk, dan anda akan diganti.”

Menurut Ollerenshaw lagi JDT II lebih berfungsi seperti skuad simpanan dan ia amat berkesan dalam penghasilan pemain terus ke skuad utama Harimau Selatan. Antara pemain yang telah meraih keuntungan dari sistem ini ialah pemain muda seperti Ramadhan dan Arif Aiman.

“Saya berpendapat semua pihak di Asia Tenggara bersetuju bahawa JDT adalah kelab terbaik di Malaysia, dan formula mereka telah terbukti di dalam dan di luar padang. Malah mereka adalah antara yang terbaik di rantau ini,” tambah Ollerenshaw lagi.

Ollerenshaw yang turut pernah beraksi bersama Negeri Sembilan ketika bergelar pemain turut mempunyai pendapat dan mesej untuk Selangor II dan Michael Feichtenbeiner.

“Selangor II mengambil langkah berbeza (berbanding JDT II), dan hasil akhirnya juga belum jelas. Malah jurulatih mereka turut perlu membuktikan diri dalam membangunkan pemain, tetapi sebaliknya mereka bertindak dan bercakap seolah-olah mereka tahu semua perkara.

“Rendahkan diri dan bercakaplah apabila anda sudah berjaya membuktikan diri dan berjaya membangunkan pemain untuk Selangor dan skuad kebangsaan.

“Pencapaian sebenar yang harus dicapai oleh Selangior II ialah apabila mereka berjaya menghasilkan pemain untuk pasukan negara dan bersaing dengan JDT di Liga Super Malaysia serta memenangi trofi. Bukan sekadar bertanding satu perlawanan, mereka harus konsisten dan bersaing sepanjang musim.”

 

Baca juga artikel lain mengenai Liga Malaysia:

Manuel Konrad Gembira Bermain Untuk Selangor Yang Cukup Terkenal

FAM Ambil Berat Isu Prestasi Pengadil

Dengan Hanya RM10, Anda Boleh Saksikan Aksi Liga Premier Di Balrz.tv!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN