Giroud Kecewa Gol ‘Scorpion’ Beliau Tidak Diiktiraf, Gol Carroll Bakal Dilupakan Orang

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud menyatakan yang beliau masih kecewa dengan kegagalan gol beliau diiktiraf sebagai gol terbaik bulanan bagi Premier League untuk bulan Januari.

Gol yang dimaksudkan Giroud adalah gol tendangan scorpion yang beliau hasilkan ketika menentang Crystal Palace di Emirates.

Gol cantik itu ditewaskan oleh gol lipat dari Andy Carroll ketika menentang lawan yang sama.

Orang akan lupa

Bagi Giroud, gol yang beliau hasilkan itu mampu untuk masuk dalam lipatan sejarah bola sepak dunia terutamanya di Premier League.

Hal ini kerana, gol itu hadir ketika waktu yang penting ketika Arsenal masih lagi mencari gol pertama mereka pada perlawanan itu.

Sementara bagi gol Carroll itu pula, beliau sifatkan gol itu akan hanya akan diingati orang untuk 2 tahun sahaja dan kemudiannya hanyut ditelan masa.

“Saya bukan cakap besar. Tetapi gol saya akan terus diingati dalam sejarah kerana gol itu jarang sekali dilihat.”

“Gol Carroll itu cukup menakjubkan. Tapi nanti lama-lama orang akan lupa juga gol itu.”

Bagi Giroud, gol beliau akan diingati selamanya seperti gol-gol yang dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic dan juga Marco Van Basten.

“Gol saya? Ya orang akan ingat sampai bila-bila!”

“Hal ini kerana gol saya cukup cantik sama seperti gol Zlatan Ibrahimovic ketika menentang England atau voli Marco Van Basten satu ketika dahulu. Ia pasti akan diingati selamanya.”

Baca juga: Zainal Abidin Hassan Yakin Pulau Pinang Mampu Layak Ke Piala Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN