Penyerang Arsenal, Olivier Giroud menyatakan yang beliau masih kecewa dengan kegagalan gol beliau diiktiraf sebagai gol terbaik bulanan bagi Premier League untuk bulan Januari.
Gol yang dimaksudkan Giroud adalah gol tendangan scorpion yang beliau hasilkan ketika menentang Crystal Palace di Emirates.
Gol cantik itu ditewaskan oleh gol lipat dari Andy Carroll ketika menentang lawan yang sama.
Orang akan lupa
Bagi Giroud, gol yang beliau hasilkan itu mampu untuk masuk dalam lipatan sejarah bola sepak dunia terutamanya di Premier League.
Hal ini kerana, gol itu hadir ketika waktu yang penting ketika Arsenal masih lagi mencari gol pertama mereka pada perlawanan itu.
Sementara bagi gol Carroll itu pula, beliau sifatkan gol itu akan hanya akan diingati orang untuk 2 tahun sahaja dan kemudiannya hanyut ditelan masa.
“Saya bukan cakap besar. Tetapi gol saya akan terus diingati dalam sejarah kerana gol itu jarang sekali dilihat.”
“Gol Carroll itu cukup menakjubkan. Tapi nanti lama-lama orang akan lupa juga gol itu.”
Bagi Giroud, gol beliau akan diingati selamanya seperti gol-gol yang dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic dan juga Marco Van Basten.
“Gol saya? Ya orang akan ingat sampai bila-bila!”
“Hal ini kerana gol saya cukup cantik sama seperti gol Zlatan Ibrahimovic ketika menentang England atau voli Marco Van Basten satu ketika dahulu. Ia pasti akan diingati selamanya.”
Baca juga: Zainal Abidin Hassan Yakin Pulau Pinang Mampu Layak Ke Piala Malaysia