Oliver Bierhoff: “Sudah Tiba Masa Untuk Bola Sepak Jerman Berubah!”

Pengurus pasukan kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff memberi amaran bahawa mereka tidak boleh ‘duduk selesa’ selepas kejayaan mereka baru-baru ini.

Ketika memberitahu akhbar berbahasa Jerman “Die Welt”, beliau menegaskan bahawa negara-negara lain ‘sedang mencabar’ dalam kategori umur yang lebih muda.

Juara bola sepak dunia, Jerman memenangi EURO B-21 sebelum pasukan senior mengalahkan Chile untuk membawa pulang Piala Konfederasi 2017 walaupun tidak membawa bintang utama seperti Toni Kroos, Mesut Ozil dan Mats Hummels.

Jurulatih Jerman, Joachim Low dan jurulatih B-21 Stefan Kuntz memanggil pemain yang tidak berpengalaman dari Bundesliga untuk kedua-dua kejohanan tersebut.

Untuk rekod, 33 pemain daripada 44 pemain mengambil bahagian dalam kempen kejohanan adalah pemain yang sedang bermain di Bundesliga.

Walau bagaimanapun, Jerman masih meraih faedah revolusi pembangunan bola sepak yang dibuat selepas prestasi buruk negara pada EURO 2000.

Bierhoff berkata mereka mesti bersedia untuk berubah kerana mereka menyasarkan EURO 2024 dengan kemungkinan Jerman akan menjadi tuan rumah.

“Ia akan menjadi satu kesilapan besar untuk hanya duduk sekarang, dan kita perlu mempersoalkan tentang diri kita setiap hari.”

“Kita bukan sahaja perlu melihat pasukan utama kita serta pasukan B-21 sahaja. Kita perlu  turut mengawasi pembangunan pemain B-17 dan B-15 serta menganalisis persediaan pemain kita di dalam peringkat umur ini.”

“Perasaan saya memberitahu saya bahawa negara-negara lain sedang mencabar kita dalam peringkat umur tersebut.”

“Jerman mahu menjadi tuan rumah bagi kejohanan Euro 2024 iaitu dalam tempoh 7 tahun lagi, dan kita akan mempunyai pemain yang akan beraksi di sana tetapi baru berusia 15 tahun pada tahun ini.”

“Jadi itu adalah satu kesilapan yang besar untuk duduk dan hanya gembira kerana kita merupakan juara dunia. Adalah kewajipan untuk mempersoalkan kaedah kita pada setiap hari dan mempunyai keberanian untuk mengubah keadaan. ”

Oliver Bierhoff turut berkata bola sepak Jerman telah “terlalu sayang dengan pembentukan” pada peringkat remaja.

Bierhoff turut memberi amaran yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini pemain yang datang melalui akademi kelab-kelab di Bundesliga mempunyai banyak persamaan.

“Kami terlalu obses dengan formasi. Pasukan Jerman boleh menukar formasi dalam masa beberapa saat di setiap perlawanan, tetapi kami mengabaikan asas-asas bolasepak seperti menggelecek, menanduk, serta situasi satu lawan satu dengan pertahanan.”

“Kami membawa masuk beberapa jenis pemain yang serupa iaitu pemain kreatif, tangkas, kecil yang bermain dalam serangan ”

Bagi Bierhoff, masih terdapat banyak ruang untuk kemajuan dalam bola sepak moden.

“Kami banyak melabur dalam taktik, teknik dan fizikal, tetapi masih terdapat banyak potensi dalam bidang mental dan fikiran.”

Memetik kerjasama mereka dengan kelab bola sepak berteknologi tinggi di antara TSG Hoffenheim serta kelab MLS San Jose Earthquakes, Bierhoff berkata bahawa FA Jerman (DFB) mahu menggunakan realiti maya, melatih kebolehan periferal dan persepsi kognitif.

Dalam pada itu, ia juga akan meminjam teknologi dari sukan seperti golf untuk meningkatkan proses latihan.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sumber:

  1. ESPN (2017): Oliver Bierhoff: Germany must have courage to change despite successes; http://www.espnfc.com/germany/story/3153375/oliver-bierhoff-germany-must-have-courage-to-change-despite-successes

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN