Jepun dikejutkan dari mimpi indah selepas kempen cemerlang mereka di temasya Sukan Olimpik 2020 berakhir apabila tewas tipis 1-0 kepada Sepanyol di peringkat separuh akhir.
Jaringan tunggal Marco Asensio pada penghujung masa tambahan memastikan kemaraan Sepanyol ke perlawanan akhir bagi membuat perhitungan dengan Brazil bagi memburu pingat emas.
Kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang seimbang dengan saling membalas serangan ke kubu lawan masing-masing.
Minit ke-57, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Sepanyol selepas mendakwa kapten Jepun Maya Yoshida mengasari Mikel Morino di dalam kotak penalti, namun keputusan itu ditarik balik selepas membuat semakan menerusi VAR.
Sehingga 90 minit perlawanan, kedua-dua pasukan masih buntu untuk mendapatkan jaringan dan mamaksa perlawanan disambung ke masa tambahan.
Sepanyol akhirnya memecah kebuntuan menerusi Asensio yang melencongkan bola tepat ke punjuru gawang pasuakn ruan rumah hasil dari rembatan kaki kiri.
Dengan keputusan ini, Jepun kini akan beraksi menentang Mexico bagi menentukan pemenang pingat gangsa.