Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan pandangan beliau di atas keputusan seri 3-3 yang dicatatkan pasukannya di Bramall Lane.
Ternyata, Ole Gunnar Solskjaer lebih melihat banyak benda positif daripada sekadar seri dengan kehilangan 2 mata.
Menurut Ole: “Ia aksi yang hambar. Saya teringat aksi kami berhadapan Everton musim lalu. Namun bezanya pasukan musim lalu mudah menyerah kalah, tetapi yang musim ini terus berusaha dan tak berputus asa.”
“Tahun lalu, menentang Everton, ketinggalan 2-0, kami kalah 4-0 pada separuh masa kedua. Pada hari ini, kami memnbuktikan kami berjaya menjaringkan 3 gol.”
“Itu bukti pasukan kami boleh menjaringkan 3 gol walaupun tak bermain baik.”
“Kami bermain teruk pada separuh masa pertama dan tidak memenangi sebarang duel. Kita tak bertarung untuk memenangi bola pertama. Kita tak bermain seperti dirancang.”
“Mujur David De Gea terus memastikan kami dalam landasan persaingan.”
https://twitter.com/bbcfoot/status/1198687110385094659
“Namun pasukan ini, kamu tak akan melihat mereka menyerah kalah seperti pasukan musim lalu. Walaupun kebanyakan aksi kami agak negatif, tetapi ianya dapat digantikan dengan perasaan positif kerana karakter kami.”
“Saya marah dan kecewa pada separuh masa. Saya bangunkan para pemain dan kita harus berjuang untuk separuh masa kedua.”
“Para pemain cepat belajar dan daripada minit ke-71. Malang sekali lawan kami menjaringkan gol minit ke-90.”
“Namun begitu, anda harus ingat, pasukan kami ini ramai pemain muda. Gol pertama itu memberikan mereka keyakinan.”
“Ini bukan isu keinginan, lebih kepada keyakinan di dalam diri mereka. Saya tidak pernah meragui keinginan para pemain saya untuk menang.”
“Saya yakin mereka telah banyak belajar daripada perlawanan ini.”