Ole Sertakan Nama Ighalo Lawan Chelsea

Odion Ighalo ketika ini masih dikuarantin oleh petugas perubatan Man United. Sebelum ini beliau dilarang terbang ke Sepanyol kerana kerisauan ke atas wabak Covid-19.

Ighalo masih belum menyertai sebarang latihan bersama pasukan United sama ada ketika di Sepanyol dan juga di kompleks latihan AON di Carrington.

Ighalo hanya berlatih secara persendirian dengan jurulatih. Latihan beliau lakukan secara tertutup.

Namun begitu, Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan beliau tetap mahu menyertakan nama pemain itu di dalam senarai pasukan yang akan bertemu Chelsea.

Ini kerana ketika itu, pemain kebangsaan Nigeria itu sudah melepasi 14 hari waktu kuarantin.

Cuma persoalannya kini, adakah Ole yakin pemain itu boleh melakukan debut dalam perlawanan tersebut dengan minit latihan yang kurang?

Ole meletakkan kepercayaan beliau ke atas pemain tesebut.

Ole pernah melakukan perkara sama ketika menyertakan nama Bruno Fernandes di dalam pasukan, hanya selepas beberapa hari pemain itu ditandatangani.

Man United akan turun berhadapan dengan Chelsea pada Isnin akan datang, dalam aksi penting EPL. Kedua dua pasukan berusaha untuk menamatkan liga di empat teratas musim ini.

Ighalo dikuarantin kerana beliau tiba dari China. Tempat yang menjadi pusat wabak koronavirus ataupun nama rasminya kini, Covid-19.

Covid-19 sehingga kini sudah mengorbankan lebih 1,100 nyawa.

Ighalo menyertai United dalam perjanjian pinjaman sehingga akhir musim ini. Beliau adalah pemain  yang dibawa masuk selepas kecederaan melanda Marcus Rashford dan kegagalan United mendapatkan penyerang lain pada Januari lalu, termasuk Erling Haaland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN