Ole Salahkan Pengadil

Pengurus Manchester United kecewa dengan mutu pengadilan oleh Kevin Friend dalam aksi separuh akhir kedua Piala Carabao semalam.

Manchester United menang 0-1 di Etihad, namun masih gagal mara kerana tewas 3-2 secara agregate.

Menurut Ole Gunnar Solskjaer, pengadilan kali ini adalah lemah dan pilih kasih. Ianya merujuk kepada insiden Nemanja Matic yang dibuang padang kerana dua kekasaran.

Solskjaer berkata, kekasaran Matic yang pertama tidak seharusnya terus dilayangkan kad kuning. Malah Oleh menganggap ia bukan satu kesalahan ataupun faul sekalipun.

Matic dilayangkan kad kuning kedua, pada kesalahan kedua – yang menurut Ole merupakan satu foul yang ‘soft’ untuk dilayangkan kad kuning.

Tidak itu sahaja, Ole Gunnar Solskjaer juga mempertikaikan pengadilan Kevin Friend yang dilihat lebih lembut ke atas Man City, di mana beberapa kekasaran Man City tidak diberikan kad sama sekali.

Menurut Ole, kesalahan-kesalahan tersebut merupakan tactical foul yang sepatutnya dilayangkan kad kuning.

“Bukan senang nak menang ke atas mereka di sini, menjaringkan 1 gol dengan 11 pemain. Apatah lagi dengan 10 pemain memang mustahil.”

“Kesalahan Matic itu tak patut mendapat kad kuning dan kemudian menjurus kepada beliau diarahkan keluar padang.”

“Hari ini, keputusan pengadil adalah satu jenaka. Ianya agak ironi kerana, Matic dapat kad kuning pertama hanya pada kesalahan pertama.”

“Beliau mendapat kad kuning kedua pula, hanya pada kesalahan keduanya – yang pertama itu saya rasa bukan satu foul sama sekali. Dan yang kedua tidak cukup untuk kad kuning.”

“Seterusnya, berapa banyak pula mereka [Manchester City] melakukan kekasaran ke atas para pemain kami. Berapa kali Daniel James dan Jesse Lingard dijatuhkan.”

“Saya bangga dengan para pemain saya hari ini. Mereka telah memberikan segala-galanya pada hari ini di atas padang.”

“Mereka [pemain United] sudah dua kali menewaskan Manchester City dua kali dalam tempoh enam minggu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN