Ole Gunnar Solskjaer tidak dapat menahan kekecewaan beliau setelah ggagl menang ke atas Club Brugge – dalam aksi Europa League – pusingan pertama pertingkat kalah mati.
Red Devils berjaya membawa 1 gol tempat lawan yang berharga dari Belgium, selepas memanfaatkan kesilapan lawan.
Ini merupakan jaringan ke-14 Martial musim ini dalam semua pertandingan. Dan telah menyumbang 5 assist. Menjadikan sumbangan langsung beliau dalam gol United musim ini adalah 19.
Martial 19/20 all competitions:
👤 30 games
⚽️ 14 goals
🅰️ 5 assistsSo composed and clinical in 1v1 situations ❄️ #MUFC
— UnitedReds (@UnitedRedscom) February 20, 2020
Manchester United terlebih dahulu ketinggalan di belakang. Pemain Brugge, Emmanuel Dennis membuka tirai jaringan hasil daripada ‘assist’ oleh Simon Mignolet.
United agak bergelut secara defensif. Mujur mereka tidak dihukum dengan gol yang lebih banyak.
Selepas tamat perlawanan, pengendali Man United itu mengkritik mutu padang,
bola dan juga menyalahkan angin yang menyukarkan mereka untuk menang.
Menurut Ole Gunnar Solskjaer, beliau terkejut dengan kondisi padang yang licin serta angin yang kuat. Ini diburukkan lagi dengan bola yang sukar.
Ole berkata: “Ini perlawanan yang sukar berhadapan dengan pasukan yang tersusun dan di dalam keadaan yang sukar.”
“Saya tak rasa ini adalah salah satu perlawanan terbaik yang disaksikan.”
“Kita agak hilang konsentrasi, namun keadaan [berangin], dengan keadaan padang [teruk] serta bola yang digunakan, membuatkan perlawanan ini sangat sukar.”
“Ssaya rasa, jika kamu tanya mana-mana pemain, mereka akan kata perkara perkara ini tidak membantu langsung jika kamu mahu bermain bila sepak.”
Wartawan kemudian bertanya, apakah komen lebih spesifik Ole kepada keadaan bola.
The pitch, the ball, the wind, the rain, the ball 🤨
Ole Gunnar Solskjaer brought out all the excuses tonight 🤭
— GOAL News (@GoalNews) February 20, 2020
Beliau berkata: “Ianya rasa lain, dan sangat sukar untuk dimainkan. Awak boleh ambil satu dan cuba main dengannya.”
Dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia, turut menandakan penampilan ke-200 Jesse Lingard bersama dengan Man United.
Selain itu, dua pemain baharu mereka iaitu Odion Ighalo dan Bruno Fernandes, telah diberikan debut Eropah bersama dengan kelab baru mereka.