Pengurus Manchester United, Gunnar Solskjaer menganggap kekalahan di tangan Watford sebagai memalukan.
United tewas 2-0 di tangan pasukan tercorot, Watford, dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Ole menegaskan tiada siapa yang harus dipersalahkan secara individu, sebaliknya ia adalah tanggungjawab kolektif sebagai satu pasukan.
Ole berkata begitu selepas wartawan bertanya tentang kesilapan De Gea yang melepaskan gol mudah. Ini diikuti kesilapan Aaron Wan Bissaka memberikan penalti kepada lawan.
Manchester United sebelum ini cemerlang dalam 2 aksi berhadapan dengan big six. Namun terpaksa menerima kekalahan perit di tangan Watford.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Ole berkata: “Saya benar-benar kecewa dengan keputusan pada hari ini.”
“Ini kerana kami perlu mendapatkan mata ke atas pasukan lawan seperti yang kami lawan pada hari ini.”
“Watford pastinya ada sedikit rasa kurang yakin kerana mereka berada di tangga tercorot liga. Kami pula berkeyakinan tinggi kerana kami bermain dengan baik sejak kebelakangan ini.”
“Tetapi malangnya, ia serba tidak menjadi. Kami kelihatan seolah – olah tiada keinginan untuk menang perlawanan ini.”
“Jadi tiada alasan untuk kalah perlawanan ini setelah persiapan yang kami buat. Tiada siapa harus dipersalahkan [secara individu].”
Some of Man United's league results this season:
Won vs. Chelsea 4-0
Won vs. Leicester 1-0
Won vs. Man City 2-1
Won vs. Tottenham 2-1Lost vs. West Ham 2-0
Lost vs. Newcastle 1-0
Lost vs. Bournemouth 1-0
Lost vs. Watford 2-0 pic.twitter.com/18xkDr53w6— ESPN FC (@ESPNFC) December 22, 2019
Ole menjelaskan, beliau sedar pasukannya bermain sangat teruk terutama sekali pada separuh masa pertama.
United kini ada tugasan berat untuk mereka lakukan bagi mengejar slot 4 teratas di dalam carta liga.