Ole Gunnar Solskjaer meminta para peminat Manchester United mengikut beliau, untuk menerima hakikat bahawa mereka kini buka berada di era 90-an lagi.
Era 90-an merupakan era kegemilangan Manchester United. Dan mustahil untuk pasukan seperti AZ Alkmaar boleh mendapat mata dengan mudah berhadapan dengan mereka, di era itu.
Dalam aksi UEL di antara Manchester United dan AZ Alkmaar, Man. United hampir tewas. Di mana mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang lawan.
Keputusan seri tanpa jaringan itu melebarkan lagi rekod buruk Unitd di bawah kendalian Solskjaer, hanya mendapat 49 mata daripada 28 perlawananan liga. Angka yang lebih rendah daripada 28 perlawanan terakhir Mourinho, yang membawa kepada pemecatannya.
😲 It's a worrying sign of the times that Ole Gunnar Solskjaer was "very pleased" after Man United stretched their winless away run to 10 games…
🙈…without a shot on target.#MUFChttps://t.co/tTUImMwTI4
— Sport on Sporting Life (@SLSport_) October 4, 2019
United masih gagal menjadi pencabar utama kejuaraan liga sejak tamat era Sir Alex Ferguson. Mereka pernah menduduki tangga kedua pada era Mourinho namun dengan jarak mata yang sangat jauh ketika itu.
Solskjaer berkata: “Kita bukan lagi di era 90-an. Ini era berbeza, pasukan bebeza dan kelompok pemain yang berbeza, kami sedang bangunkan.”
“Kami sudah jangkakan, bahawa, akan ada turun naik. Dan saya sudah tidak sabar mahu melihat para pemain muda ini berkembang menjadi bakat yang hebat.”
“Tidak banyak kelab pada hari ini, bermain dengan pemain-pemain muda. Mereka diberian peluang, dan saya yakin, sebahagian daripada mereka ini akan menjadi nadi penting kepada pasukan untuk pasukan Manc United yang berjaya pada masa akan datang.”
“Saya tidak tahu apa yang difikirkan lawan kami ke atas kami. Namun saya sedar, kadangkala, kami bermain tidaklah sangat teruk. Cuma kadangkala ada sedikit kelompongan sedikit, dan tak kerap.”
“Saya tidak boleh membaca fikiran orang lain tentang kami. Namun kami di sini, sedang berusaha untuk meningkatkan diri dan itu yang kami mahu lakukan.”
Solskjaer kekal positif dengan keputusan seri yang dicatatkan oleh Man United, di mana beliau menganggap ia satu mata berharga.
Solskjaer gembira dengan keputusan yang dicapai, dengan prestasi para pemainnya yang disifatkan beliau cemerlang.
Lagipun, menurut Solskjaer lagi, mereka seri dengan pasukan yang sebelum ini menewaskan Feyenoord 3-0 di tempat lawan.
"It's a good point away from home – they beat Feyenoord 3-0."
Ole Gunnar Solskjaer was pleased with Manchester United's performance as they drew 0-0 at AZ Alkmaar in the Europa League without recording a shot on target: https://t.co/0zgkhapAY5 pic.twitter.com/v4uMU237Dt
— Sky Sports Football (@SkyFootball) October 4, 2019
“Saya sangat gembira dengan aksi para pemain. Kami hadir ke perlawanan ini dengan prestasi yang baik. Kami patut dapat 3 mata. Kerana kami berhak dapat 1 penalti tadi.”
“Padang hari ini teruk, paling teruk pernah saya saksikan.”
“Mereka [AZ] pasukan yang menewaskan Feyenoord 3-0 di tempat lawan. Ini persembahan kami yang baik dan 1 mata yang baik menentang lawan yang baik di atas padang yang teruk.”
“Saya tak percaya dengan apa yang saya nampak, di mana kami tak mendapat penalti, sama juga ketika di Arsenal, tiada penalti walaupun handball.”
“Itu perkara-perkara kecil yang kita sedikit kecewa. Namun para pemain kami berhak mendapat lebih daripada ini.”
“Jika kamu mendapat keputusan seri di tempat lawan, dan menang di tempat sendiri, itu cukup bagus.”
Fokus Manchester Unitd seterusnya adalah Newcastle United dalam aksi liga.