Quantcast

BERITA

Ole Gunnar Solskjaer Tegaskan Fred Kini Berada Dalam Prestasi Terbaik

Biarpun ramai yang masih meragui kemampuan Fred, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tetap meletakkan kepercayaan sepenuhnya buat pemain tengah itu untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Menurut Solskjaer, Fred kini berada pada prestasi terbaik selepas menyinar ketika membantu Red Devils membenam West Ham 2-1, Ahad lalu.

West Ham United’s Irish defender Declan Rice (L) vies with Manchester United’s Brazilian midfielder Fred during the English Premier League football match between Manchester United and West Ham United at Old Trafford in Manchester, north west England, on April 13, 2019. (Photo by Paul ELLIS / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE.

Beliau ternyata amat berpuas hati dengan peningkatan corak permainan yang dipamerkan Fred sejak kebelakangan ini.

Hal itu membuatkan nama Fred kembali mendapat tempat dihati Solskjaer.

Fred menjadi pembelian termahal United pada musim ini dengan nilai perpindahan dicatatkan mencecah 52 juta pound (RM275 juta).

Bagaimanapun, bekas pemain tengah Shakhtar Donetsk ini bergelut dengan prestasi tidak menentu ketika Jose Mourinho membimbing United sehingga beliau disisihkan dari skuad utama pasukan.

Namun, segalanya berubah buat Fred apabila Solskjaer mengambil alih jawatan pengurus pada hujung tahun lalu.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 10: Fred of Manchester United and Luis Suarez of Barcelona clash during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Manchester United and FC Barcelona at Old Trafford on April 10, 2019 in Manchester, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

“Saya harus mengatakan bahawa dia [Fred] sudah bangkit dikedudukan dan posisinya,” kata Solskjaer dipetik menerusi laman rasmi kelab.

“Sukar untuk datang ke negara baru[England]. Dia mempunyai banyak kesukaran dengan masalah kecederaan dihadapi, seperti pemain lain. Kemudian ketika saya masuk, dia tidak mengikuti kami ke Dubai kerana [isterinya sedang mengandung].”

Sentiasa senyum

Begitupun keadaan Fred tidak membimbangkan Solskjaer, sebaliknya beliau menilai pemain itu sentiasa gembira berada di United.

Menurut Solskjaer lagi, Fred telah menunjukkan sikap yang baik dalam latihan dan beliau sering berusaha untuk menjadi lebih baik.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 09: Paul Pogba of Manchester United and Juan Mata of Manchester United speak to Marcos Rojo of Manchester United and Fred of Manchester United during the Manchester United training session ahead of the UEFA Champions League Quarter Final First Leg match between Manchester United v FC Barcelona at Aon Training Complex on April 09, 2019 in Manchester, England. (Photo by Nathan Stirk/Getty Images)

“Jadi, sekarang dia sudah berkembang di posisinya dan saya sangat gembira dengan beberapa perlawanan terakhirnya.”

“Saya fikir anda semua boleh melihat mengapa kami percaya kepadanya. Dia memiliki rasa percaya pada diri dan sikap yang sangat baik. Dia senang mendapatkan bola dan dia suka tersenyum[tenang].”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!