Ole Gunnar Solskjaer: Kami Perlu Berada Pada Tahap Terbaik

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui skuad bimbingannya sudah bersedia untuk kembali meneruskan rentak cemerlang seperti dilakarkan sebelum kempen bola sepak hampir di seluruh dunia terhenti pada Mac lalu susulan serangan wabak COVID-19.

The Red Devils mencatatkan rekod tanpa kalah pada 11 perlawanan terakhir di mana mereka turut berjaya menundukkan musuh setempat, Manchester City 2-0 pada aksi di Old Trafford.

Rentetan aksi bertenaga yang dipamerkan itu juga menyaksikan United berada di landasan tepat untuk kembali merebut peluang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Dengan Marcus Rashford dan Paul Pogba dilaporkan sudah pun menyertai sesi latihan pasukan, Solskjaer yakin anak buahnya memiliki mentaliti yang tepat untuk meneruskan rentak cemerlang apabila saingan Liga Perdana Inggeris secara rasminya bersambung 17 Jun nanti.

”Perlawanan pertama adalah dua minggu lagi, jadi kami perlu untuk meningkatkan latihan dan mempraktikannya pada permainan kami.”

”Semua orang mengetahui bahawa kami perlu untuk berada pada tahap yang terbaik, kami perlu fokus pada aksi bertemu Tottenham nanti.”

”Kami berhadapan dengan Chelsea pada permulaan saingan liga jadi kami yakin bahawa para pemain dapat menghadapi perlawanan menentang Tottenham dengan mentaliti untuk mempamerkan bola sepak yang sangat baik.”

”Kami juga mengetahui itu merupakan perlawanan yang besar buat semua orang,” ujar Ole Gunnar Solskjaer menurut laporan Sky Sports.

Selepas menghadapi 29 perlawanan EPL, Manchester United menghuni tangga kelima selepas mengumpul 45 mata hasil 12 kemenangan, sembilan keputusan seri dan lapan kekalahan yang dialami.

Kredit featured image: Tom Purslow/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Leave a Reply